Saya pernah menulis sebuah buku "Rahsia Buat Duit Dengan Internet" - TopicsExpress



          

Saya pernah menulis sebuah buku "Rahsia Buat Duit Dengan Internet" pada tahun 2006. Sebagai seorang yang pernah mengajar ratusan orang membuat duit di internet, hari ini saya begitu kecewa. Sebabnya, duti stamp untuk penghantaran ke luar negara menggunakan Pos Malaysia naik mendadak. Sebagai contoh, dari caj RM 8.00 telah naik kepada RM 64 untuk penghantaran ke US. Situasi ini telah membunuh industri perniagaan internet terutama yang bersandarkan eksport. Malahan caj untuk barangan sedemikian (berat sama) lebih mahal dari caj dikenakan USPS dari Amerika sendiri. Di Malaysia, Pos Malaysia adalah satu-satunya syarikat menguruskan penghantaran airmail. Inilah akibatnya apabila Pos Malaysia dijual kepada seorang tycoon Melayu, Syed Mokhtar al-Bukhari. Saya dari awal tidak setuju kerajaan membenarkan monopoli Syed Mokhtar ke atas banyak kepentingan negara, bukan atas dasar beliau bangsa Melayu. Akibat monopoli begini, ramai penjual online tutup kedai. Sekarang sudah ramai terpaksa membatalkan penghantaran dan memulangkan wang kepada pelanggan kerana tidak mampu menampung kenaikan mendadak. Terima kasih BN dan terima kasih pada yang mengundi BN. facebook/photo.php?fbid=10152201916227203&set=a.10151843750402203.419375.730957202&type=1
Posted on: Wed, 19 Jun 2013 16:00:36 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015