Saya tidak faham. Adakah kenderaan bertaraf VVIP merupakan - TopicsExpress



          

Saya tidak faham. Adakah kenderaan bertaraf VVIP merupakan satu-satunya jenis kenderaan yang mampu menggerakkan para-para menteri? Kalaulah Perdana outdated sekalipun, apa buruknya kereta-kereta lain? Contohnya, hina sangatkah kalau nak guna Saga sekalipun. Hina sangatkah kalau nak guna Viva sekalipun? Kena guna Accord juga? Alasan kalau tidak sesuai untuk bergerak jarak jauh, bukankah teknologi telah membenarkan kita membelah udara dengan kapal terbang eksekutif? Cuba anda bayangkan PROTON mempromosikan apa-apa kepada pelabur asing ataupun di pasaran asing. Dan salah satu perkara yang mereka nampak adalah, Perdana Menteri guna kenderaan import. Apakah tanggapan mereka? Ada yang mengatakan bahawa kos penyelenggaraan akan bertambah kalau kita guna Proton. Berapa zaman kita guna Proton, kenapa sekarang baru nak buat perkara sebegini? Adakah ini berpaksikan kepentingan peribadi? Kalaulah kos penyelenggaraan tinggi dan menteri inginkan sebuah ‘loophole’, itu ertinya menteri kita tidak bertanggungjawab… kerana mereka membiarkan rakyat menggunakan PROTON yang memakan kos penyelenggaraan yang tinggi dan mereka dengan mudahnya guna kereta import. Macam mana kerajaan kita nak ada idea kalau mereka sendiri lari daripada kehidupan seharian rakyat? Saya tidak tahulah PROTON makan kos tinggi atau tidak. Itu sekadar respon kepada komen-komen yang ada. Maklumlah, saya guna Volga. Kenapa? Ada masalah? Kalau menteri guna kereta import, saya tidak boleh? Ini lagi satu tanggapan kita yang mampu menjejaskan pasaran domestik kita… kalau menteri lari daripada pasaran domestik oleh kerana pelbagai masalah yang perlu ditangani, kenapa kita pun tidak lari sahaja? -- AFDS --
Posted on: Sun, 04 Aug 2013 22:00:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015