Semalam saya bermula mengikuti kuliah Kitab Syamail Muhammadiyah - TopicsExpress



          

Semalam saya bermula mengikuti kuliah Kitab Syamail Muhammadiyah (Hadis 1 - 6) dari guru saya Ustaz Adlan Abd Aziz. Saya telah mengikuti kuliah ini dengan Syeikh Usama Al-Azahari (ketika beliau berada di Malaysia) beberapa bulan yang lalu. Subhanallah !!! Ada satu penjelasan/syarahan yang sama dari kedua2 guru ini. Teringat pesan Syeikh Usama perlunya belajar dari guru yang bersanad...saya merasakan bahawa sudah pasti jalur guru yang Ustaz Adlan dan Syeikh Usama bertalaqqi bertemu kerana syarahan yang mantap dari mereka. Subhanallah !!! Ingin saya seru rakan sahabat sekalian Ustaz Adlan Abdul Aziz bukan calang2 pensyarah kitab2 hadis...dengan ilmu bahasa Arab beliau yang tinggi...beliau terus memberikan syarahan yang TERBAIK..bukan taksub atau nak memuji cuma sekadar ingin rakan sahabat sekalian berusaha untuk mengikuti kuliah hadis ustaz Adlan kerana....saya dulunya semasa baru berjinak2 dengan ilmu Islam saya tidak meletakkan pengajian hadis sebagai prioriti utama ..namun setelah mendengar syarahan dari Ustaz Adlan sedikit sebanyak memberi kesan yang mendalam sehingga saya taksub dengan ilmu hadis... :-). Apa2 pun pengulangan pengajian Kitab Syamail Muhammadiyah memang tidak pernah membuatkan saya rasa bosan kerana terasa seakan amat dekat dengan Rasulullah SAW kerna huraian Fizikal, Adab, Akhlak Rasulullah SAW benar2 meninggalkan kesan kepada mereka yang BERIMAN !!!
Posted on: Sat, 24 Aug 2013 01:04:33 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015