Semalam yang indah menemaniku Mungkin hanya sementara cuma Kerana - TopicsExpress



          

Semalam yang indah menemaniku Mungkin hanya sementara cuma Kerana waktu tak selalunya milik kita Walau selamanya ingin kudakap Dalam kenangan memori semalam Seindah pelangi petang yang terpancar. Teman, Andai tiada lagi semalam yang indah itu Jangan kau lontarkan jauh kenangan kita Bersama bayu pergi entah ke mana Tanpa arah tanpa haluan tanpa henti Kenangan ini pasti berulang jua Bagai mimpi indah malam semalam Dalam episod cerita kehidupan yang baru Jika masih ada waktumu untukku Untuk kita kongsikan bersama-sama. Teman, Dalam sendiri pasti ada cerita Dalam gembira pasti ada luka Dalam guarauan pasti ada kecewa Tapi dalam kehidupan sementara ini Cerita gembira kecewa itu sekadar catatan Yang menjadikan kita dewasa dengannya. Berlalu dengan segala kenangan kita Membawa diri dalam ego dan keras hati Kerana semuanya telah ditentukan Oleh Pencipta yang maha tahu Untuk apa ada aku dan dikau Dalam catatan memori semalam.
Posted on: Tue, 03 Sep 2013 02:50:26 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015