Serangan Peribadi : Dulu Pun Arwah Tan Sri Azizan Terima Perkara - TopicsExpress



          

Serangan Peribadi : Dulu Pun Arwah Tan Sri Azizan Terima Perkara Yang Sama Dari Pas: YAN, 24 Okt – Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menerima dengan hati terbuka beberapa episod serangan peribadi yang dilemparkan pembangkang terhadap beliau, sejak kempen Pilihan Raya Kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri(DUN) Sungai Limau, bermula semalam. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah itu berkata, beliau tidak bercadang membalas dakwaan-dakwaan itu, sebaliknya hanya akan menumpukan kepada kempen secara sederhana dengan mengelak sebarang serangan peribadi. “Yang kita akan gunakan… yang penting kita akan tekankan soal calon anggota DUN kita yang datangnya dari pihak sama dengan kerajaan yang memerintah negeri, yang juga mendapat sokongan kerajaan pusat. “Jadi apa yang kita janji sudah tentu kami berupaya dan akan tunaikan,” katanya kepada pemberita selepas hadir di majlis ‘Kami Prihatin’ Yayasan Felda di Kompleks Penghulu Mukim Sala Besar, di sini, Khamis. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim. Sebelum ini, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mendakwa Mukhriz ditolak UMNO kerana tewas dalam pemilihan parti baru-baru ini, manakala Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dalam sidang media di sini hari ini turut mendakwa Mukhriz tidak memberi tumpuan kepada pentadbiran negeri enam bulan sejak mengambil alih pentadbiran, sebaliknya hanya menumpukan kepada pemilihan jawatan tertinggi UMNO. Mukhriz berkata penduduk setempat sepatutnya sudah mengetahui taktik pembangkang kerana sebelum ini, bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak turut menerima layanan sama dari pihak pembangkang walaupun daripada pihak yang sama. “Penduduk (DUN) Sungai Limau pun tahu kami amat sayangkan Almarhum (Tan Sri Azizan Abdul Razak), kita imbau kembali mungkin dua tiga tahun lepas hingga saat akhir apabila arwah terlantar sakit dan meninggal dunia, masih ada lagi kenyataan-kenyataan dan komen-komen yang agak kasar dibuat pihak daripada parti dia sendiri, yang mana saya pun tak faham kenapa ia boleh berlaku,” katanya. Sebab itu, katanya, BN melancarkan kempen PRK dengan slogan ‘Berani Hijrah’ kerana selain bersempena sambutan Maal Hijrah pada 5 Nov ini, ia juga bagi membuka ruang supaya masyarakat setempat boleh bersama-sama berhijrah kepada satu keadaan yang lebih baik. dlvr.it/4BzZCt
Posted on: Fri, 25 Oct 2013 03:23:31 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015