Si suami memanjakan isteri hingga terlelap.. Memegang erat jari - TopicsExpress



          

Si suami memanjakan isteri hingga terlelap.. Memegang erat jari jemari isteri, lantas di kucup dan diletakkan di pipinya. Terima kasih sayang, kerana tangan ini sudah seharian mengurus rumah dan anak2. Membelai rambut isteri lalu dikucupnya dahi, terima kasih sayang kerana menjaga kehormatan diri sepanjang abang keluar dan tiada di sisi. Memeluk erat penuh kasih sayang, membelai belakang badan isteri, lena si isteri dalam dakapan di lengan suami. Setiap hari tidak pernah lupa untuk abang bisikkan doa sebelum tidur di telinga. Tidurlah, abang di sisi. Esok, sekali lagi abang akan melihat dirimu senyum kesukaan bila abang ucap "Isteri abang cantik pagi ni!" ^_^
Posted on: Fri, 04 Oct 2013 15:00:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015