Siapa Tuhan PAS? (^^^) Berapa ramai kafir diupah menyamar islam - TopicsExpress



          

Siapa Tuhan PAS? (^^^) Berapa ramai kafir diupah menyamar islam dgn mempersoalkan nilai 20sen lebih berharga dari kesucian KALIMAH ALLAH? Isu Kalimah Allah: Jangan Terhasut Dengan Mainan Politik Nampaknya, isu Kalimah Allah telah dipolitikkan sepenuhnya oleh beberapa pihak. Nama ‘Allah’ yang merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa kini dituntut untuk digunapakai sebagai nama Tuhan bagi agama Kristian iaitu salah satu entiti dalam konsep trinity. Selama ini, entiti tersebut dirujuk sebagai ‘Father’ atau ‘Lord’ tanpa nama yang jelas dan ia tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah kepada mana-mana masyarakat Kristian di dunia. Hanya akhir-akhir ini sahaja, dan hanya di Malaysia sahaja, segolongan penganut Kristian menjadikan nama ‘Allah’ sebagai isu besar. Mereka ini sanggup membawa isu ini ke mahkamah apabila kerajaan Malaysia mengharamkan The Herald dari diedarkan kerana telah menterjemahkan ‘Father’ kepada ‘Allah’. Mereka berhujah bahawa kalimah ‘Allah’ bukanlah nama khas tetapi perkataan Arab yang merujuk kepada Tuhan secara umum. Bagaimanapun, di negara-negara Arab sendiri, penganut Kristian tidak selesa menggunakan ‘Allah’ sebagai merujuk kepada Tuhan mereka kerana bimbang kekeliruan dan kemungkinan ‘terpesong akidah’ sehingga menjadi Islam.
Posted on: Wed, 06 Nov 2013 05:26:57 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015