Sidang Dun Perak kecoh ketika perlantikan speaker Muhammad Faeez - TopicsExpress



          

Sidang Dun Perak kecoh ketika perlantikan speaker Muhammad Faeez Azahar, 28 Jun 2013 IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak Ke-13 pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Dewan Negeri hari ini kecoh ketika perlantikan speakar selepas Pakatan Rakyat mendakwa BN gagal menghantar nama pencalonan mengikut waktu yang ditetapkan. Beberapa Adun Pakatan Rakyat bangun meminta Menteri Besar mengemukakan bukti bahawa BN telah menghantar pencalonan speaker sebelum tarikh tamat iaitu 21 Jun lalu. Datuk Seri Nizar Jamaluddin (Changkat Jering) bangun meminta penjelasan Menteri Besar berhubung dakwaan itu namun Datuk Dr Zambry Kadir enggan memberikan respon. Keenganan Zambry memberikan penjelasan walaupun berulang kali didesak oleh Adun Pakatan Rakyat menyebabkan dewan menjadi kecoh. Zambry (Pangkor) mencadangkan Bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk S Devamany sebagai speaker manakala Ustaz Abu Bakar Hussien (Titi Serong) mencalonkan Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar. S Devawany secara rasmi dilantik menjadi speaker apabila memperoleh 31 undi berbading V Sivakumar yang hanya mendapat 28 undi selepas proses pengundian dijalankan oleh Setiausaha dewan dengan disaksikan oleh wakil oleh kedua-dua belah pihak. Adun Bota, Nasaruddin Hashim dilantik sebagai Timbalan Speaker apabila mendapat 31 undi mengalahkan Adun Kuala Kurau, Yunus Jamhari yang hanya memperoleh 28 undi. Selepas selesai melantik speaker dan timbalannya, semua Adun mengangkat sumpah secara serentak bertiga-tiga untuk menjimatkan masa.
Posted on: Fri, 28 Jun 2013 10:06:30 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015