Sifat Benar Membawa Ke Syurga Daripada Ibnu Mas`ud (Abdullah) RA - TopicsExpress



          

Sifat Benar Membawa Ke Syurga Daripada Ibnu Mas`ud (Abdullah) RA daripada Nabi SAW bersabda, sesungguhnya kebenaran itu membawa kepada kebaikan (taat) dan kebaikan itu pula membawa ke syurga. Seseorang itu sentiasa bercakap benar sehingga ditulis di sisi Allah sebagai orang yang bersifat benar. Dan bahawa kedustaan membawa kepada kejahatan, dan kejahatan itu membawa ke neraka. Dan sesungguhnya seseorang itu sentiasa berdusta sehingga ditulis (dihukum) di sisi Allah sebagai orang yang bersifat dusta.” Riwayat: Bukhari dan Muslim Huraian Hadith: 1. Kebenaran boleh diukur dengan kata-kata yang menepati realiti yang berlaku, dan boleh diukur dengan tindakan atau pelaksanaan yang terbaik. 2. Kesudahan bagi orang yang bersikap benar adalah syurga, dan kesudahan bagi pendusta adalah neraka. 3.Kita hendaklah sentiasa bercakap benar kerana benar pendorong kebaikan dan menjauhkan diri daripada berdusta kerana dusta pendorong kejahatan. 4.Fadilat (kelebihan) benar (as-Sidiq) membawa keuntungan di dunia dan di akhirat, sebaliknya pula dusta membawa kerugian di dunia dan di akhirat.
Posted on: Tue, 27 Aug 2013 07:26:34 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015