Soalan : Tersebar dalam facebook seorang daie internasional - TopicsExpress



          

Soalan : Tersebar dalam facebook seorang daie internasional menyatakan tulisan InshaAllah adalah salah. dan perlu ditulis In shaa Allah. Betulkah perkara ini ? Jawapan : Jika di Malaysia kita akan merujuk kepada Dewan Bahasa Pustaka kerana pihak ini yang bertanggungjawab untuk menterjemahkan / transliterasi Arab-Melayu dan apa sahaja yang berkaitan dengan Bahasa Melayu. Rujuk : prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=insya+allah insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Pelajar Edisi Kedua insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Pelajar insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Dewan Edisi Empat Di Malaysia kita sudah sedia maklum bila ditulis Insya Allah ataupun Insha Allah ertinya jika diizinkan Allah . Sepatutnya tiada masalah tentang perkara ini. Wallahualam Tambahan : Di dalam kalimat arab ia akan menjadi satu masalah apabila ditulis : (إنشاء الله) - bermaksud mencipta Allah Dan ia sepatutnya ditulis إن شاءالله - bermaksud -sekiranya dikehendaki Allah (pernyataan daie internasional di atas sepatutnya merujuk dalam kalimat Arab yang ditulis dalam tulisan arab dan bukan tulisan rumi) Dalam rumi kita tiada masalah yang timbul sebab pakar bahasa Dewan Bahasa Dan Pustaka telah mengesahkan tulisan Insya Allah itu bermakna - Dengan Izin Allah. Dr Zakir Naik yang kita kenali adalah seorang pendakwah terkenal antarabangsa yang berani berhujjah di kalangan non Muslim dan di tangannya ramai yang memeluk Islam. - copy paste search dalam google - Orang malaysia ikutlah nahu bahasa melayu
Posted on: Thu, 07 Nov 2013 21:03:04 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015