Strategi Perangi Iblis... Setiap pemuda Islam mesti bijak dan - TopicsExpress



          

Strategi Perangi Iblis... Setiap pemuda Islam mesti bijak dan memiliki strategi jitu dalam memerangi tipu daya iblis.Antaranya dengan menguasai seperti : PERTAMA,jangan menunda-nunda kebaikan.Jika niat baik telah berputik di hati,segeralah iringinya dengan amalan.Jangan menunggu untuk perkara-perkara yang lain kerana itu hanya tipu daya iblis untuk membatalkan niat baik tersebut. KEDUA,jika iblis membisikkan sesuatu,maka lakukan yang sebaliknya.Ibrahim al-Nakhai berkata: Jika engkau sedang solat,lalu iblis berkata: Jangan solat lama-lama agak tidak riak.Maka panjangkan solatmu itu. KETIGA,sentiasa berusaha mempertingkatkan diri dengan ilmu agama dan berdamping dengan para ulama.Ini kerana orang yang berilmu adalah tentera-tentera Allah dalam memerangi iblis.Bercampur dengan mereka akan membekalkan diri kita dengan kemahiran dalam mengenal pasti tipu daya iblis yang mesti dihindari.
Posted on: Thu, 07 Nov 2013 19:01:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015