Sudah kah anda MERDEKA? Dalam konteks individu, kemerdekaan - TopicsExpress



          

Sudah kah anda MERDEKA? Dalam konteks individu, kemerdekaan bererti terbebasnya seseorang itu daripada tekanan hawa nafsunya dalam melakukan segala aktiviti yang membinasakan dirinya. Pengertian individu yang merdeka ialah seorang yang ketika ia bersikap dan berperilaku selalu didasarkan kepada pertimbangan rasional. Bagi orang yang beriman, pertimbangan rasionalnya adalah apabila ia melandaskan segala perbuatan dan tingkah lakunya bermatlamat kepada undang-undang dan sunnatullah. Saidina Ali mengibaratkan hal tersebut dalam satu ungkapan, "Seorang hamba beramal kerana takut hukuman, pedagang beramal kerana menginginkan keuntungan, dan orang merdeka beramal kerana mengharap keredaan Allah SWT." Jika ada seorang manusia dalam kehidupannya yang sentiasa dikendalikan hawa nafsunya, maka bererti dia belum menjadi orang yang merdeka sebenarnya. Kerana ia terbelenggu oleh hawa nafsunya yang sentiasa memaksanya untuk melakukan perbuatan yang tidak sesuai dengan akal sihat manusia. Kehidupannya yang selalu terjajah oleh hawa nafsunya sendiri sehingga mengakibatkan dirinya sendiri terjerumus ke jurang kebinasaan di dunia mahupun di akhirat.
Posted on: Sat, 31 Aug 2013 05:22:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015