Sudah sekian lama rasa tidak selesa memendam dalam sanubari - TopicsExpress



          

Sudah sekian lama rasa tidak selesa memendam dalam sanubari sebilangan rakyat yang tidak dapat menerima bagaimana sebuah negara Islam boleh menghalalkan judi. Kenyataan jeliknya ialah judi sudah bertapak dan berkembang dibawah payung restu pemerintah. Walau pun had operasi terlaknat ini ada digariskan dalam undang-undang negara, namun akibat wujudnya judi halal yang dibiar berjalan telah menjadi industri yang membawa kepada pelbagai versi judi yang lain disesuaikan mengikut kemampuan mereka yang telah kecanduan judi. Apakah alasan yang hendak dipertahankan oleh pihak berkuasa untuk memperbaharui lesen-lesen judi hingga kini ? tidak sesiapa yang waras mahu menafikan betapa judi adalah suatu malapetaka dan bencana kepada negara. Sektor yang membiakkan kesengsaraan manusia ini tidak dapat diselindungi oleh sesiapapun. Terkecuali mereka yang sememangnya mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak lansung ke atas industri musibah ini, judi pasti tertolak sebagai suatu punca mengingkatkan kemakmuran negara. Judi adalah mukadimah kepada keruntuhan budaya hidup bermasyarakat. Di Malaysia, nampaknya sektor judi terus berkembang. Golongan pendokong sektor ini masih kuat mempengaruhi pemerintah, mereka yang mempunyai kedudukan tersohor ketika bertugas dalam institusi pemerintah dahulu tidak segan silu menjadi pendokong syarikat judi. Apakah alasan yang mereka pegang untuk menghalalkan tindakan mereka itu ?
Posted on: Sat, 28 Sep 2013 21:45:07 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015