TERUSKAN JALINAN HUBUNGAN KERJASAMA DENGAN USM WALAUPUN TELAH - TopicsExpress



          

TERUSKAN JALINAN HUBUNGAN KERJASAMA DENGAN USM WALAUPUN TELAH TAMAT PENGAJIAN DAN BERGELAR GRADUAN PAKAR PERUBATAN - demikian ujar Profesor Dr. Ahmad Sukari Halim, Dekan, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM semasa sesi pertemuan dengan graduan program-program Sarjana Perubatan & Sarjana Surgeri selepas pengumuman keputusan Peperiksaan-peperiksaan Ikhtisas sesi November 2013 semalam di Kubang Kerian. Graduan-graduan bakal bergelar pakar dalam disiplin pengajian masing-masing. Nasihat Prof. Dr. Sukari agar mereka mengaplikasikan segala ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperolehi sepanjang pengajian untuk manfaat sejagat, khususnya dalam perkhidmatan rawatan kepada pesakit, menyumbang kearah penambahbaikan sistem kesihatan negara serta melibatkan diri dalam penyelidikan demi kesejahteraan global.
Posted on: Fri, 29 Nov 2013 08:05:43 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015