Tahniah Kepada Penerima Diploma dan Ijazah Hafaz Al-Quran 30 Juzu - TopicsExpress



          

Tahniah Kepada Penerima Diploma dan Ijazah Hafaz Al-Quran 30 Juzu Institue Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah Beruntung nya indung bisdia.. MasyaAllah Baca di bawah: ------ BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah buat julung kalinya akan mengadakan Haflut Takharruj bagi meraikan 12 graduan Diploma ‘Aliyah Qiraat bagi sesi 2010 hingga 2013 yang telah menamatkan pengajian mereka. Perkara ini dijelaskan oleh Pemangku Pengetua ITQSHHB Pengiran Haji Haslin Pengiran Haji Ali dalam temu bual media hari ini yang seterusnya menambah, pengajian mereka bermula pada tahun 2010 di mana diploma ini mendapat pengiktirafan dari Al-Azhar, Republik Arab Mesir. Beliau seterusnya berkata, “Diploma Aliyah Qiraat merupakan pengajian selama tiga tahun di peringkat Diploma Kebangsaan bagi melahirkan individu yang bukan sahaja dapat menghafaz 30 juz Al-Quran tetapi dapat mendalami ilmu-ilmu Al-Quran dan Qira’at di samping mata pelajaran Pengajian Islam, Bahasa Arab dan lain-lain lagi”. Dengan adanya pengajian diploma ini, menjadikan ia satu-satunya institusi pendidikan Al-Quran di negara ini menawarkan pengajian di peringkat menengah dan peringkat diploma, jelasnya. Haflut Takharruj ini akan diadakan di Dewan Banquet, Bangunan Jabatan Perdana Menteri pada 5 Disember 2013 ini dan pada majlis itu nanti, Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijangka berangkat ke majlis tersebut. Di majlis itu nanti juga akan menyaksikan penganugerahan Ijazah Hafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam kepada 30 pelajar yang lulus dalam ujian Tasmie’ Menghafaz Al-Quran bagi kategori 30 Juzuk yang dijalankan oleh Lembaga Tasmie’ Menghafaz Al-Quran di mana ijazah ini tidak sama dengan ijazah-ijazah akademik yang dianugerahkan oleh institusi pengajian tinggi. Dari jumlah tersebut, seramai 27 orang merupakan lepasan pelajar institut dan yang masih menuntut di institut. “Penganugerahan yang sangat bersejarah ini merupakan kali pertama diadakan sekali gus dapat memperlihatkan pencapaian institut dalam melahirkan para hafiz Al-Quran bersesuaian dengan usia institut 20 tahun sejak penubuhannya bermula dari 1993,” tambahnya. Beliau seterusnya menjelaskan, majlis itu nanti akan diserikan dengan persembahan bacaan Al-Quran secara Hafazan daripada tiga penerima ijazah hafaz Al-Quran Negara brunei Darussalam. Di samping itu, Mufti Kerajaan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Abdul Aziz Juned akan menyampaikan ceramah khas di majlis itu. Haflut Takharruj itu turut dimeriahkan dengan pameran yang akan mempamerkan perkembangan dan pencapaian institut sejak penubuhannya 20 tahun lalu. Pada akhir temu bual media bersama Pemangku Pengetua Pengiran Haji Haslin berharap dengan adanya majlis ini, ia akan menjadi pembakar semangat kepada institut ini untuk melahirkan lebih ramai lagi Hafiz Al-Quran yang dapat menyumbang kepada hasrat negara untuk menjadi sebuah Negara zikir.
Posted on: Sun, 01 Dec 2013 02:04:20 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015