Tahukah anda, sistem perakaunan konventional@tradisional - TopicsExpress



          

Tahukah anda, sistem perakaunan konventional@tradisional (conventional accounting) menggunapakai kos sejarah(historical cost) dimana urusniaga direkodkan mengikut nilai yang sebenar, iaitu berasaskan kos belian pada tarikh belian dilakukan. Tetapi, konsep ini semakin menjadi perbualan para akademik kerana ketidak-ambil-peduli terhadap kesan inflasi. Contoh mudah, konsep kos sejarah menyuruh Akauntan merekod kos pada tarikh pembelian, contoh RM1000(kononya dah lama dah beli inventori ni, catat harga pada tarikh beli). Katakan lah, belian tadi jadi inventori bernilai RM1000, kemudian selepas beberapa bulan, dijual pula pada harga Rm1,500. Katakanlah, disebabkan konsep kos sejarah, nilai inventori tadi masih direkod sebagai RM1000 pada waktu ni, walhal kalau nilai inventori tadi dinilai semula, harga nya mungkin dah naik. Then, dapat untung Rm 500. Si tauke nie pulak seronok sangat dapat duit, so dia keluarkan RM500 tadi, buat beli barang2 kegunaan peribadi. So, duit masih ada RM1000. Then selepas beberapa hari, tauke tadi nak beli inventori lagi tapi malangnya harga kos dah naik jadi RM1,200. Sekarang nie duit kat tangan cuma ada RM1,000 je. So, gane? Disebabkan penggunaan kos sejarah tanpa mengambil kira potensi kenaikkan harga, tauke tadi telah tersilap planning. Patutnya duit yang ada cukup untuk beli inventori baru, tapi tak kesampaian. Thats why, sekarang nie akademician@ahli-ahli akademik cuba bawa isu nie kehadapan dan mereka cuba nak implement/bangunkan konsep kos sekarang (current value concept). Konsep nie ambil kira potensi kenaikan harga disebabkan inflasi.
Posted on: Wed, 04 Dec 2013 08:44:57 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015