Terdapat satu kaedah untuk menyerang balas penyihir yang - TopicsExpress



          

Terdapat satu kaedah untuk menyerang balas penyihir yang menganiaya kita. Kaedah ni sangat mudah dilakukan. Ia hanya memerlukan pen dan kertas putih sahaja. Kaedahnya ialah melakarkan satu objek sama bentuk manusia, segi empat mahupun bulat. Ketika melakarkan objek, hendaklah dibayangkan orang itu ialah lakaran tersebut. Kemudian sediakan pen untuk menggaris objek tersebut. Pertama sekali hendaklah dibacakan qunut nazilah. Kemudian dibacakan surah yassin dimana bagi setiap ayat, hendaklah digariskan objek tersebut dengan satu garisan. Baca dan setiap kali habis bacaan dalam satu ayat maka digariskan objek tersebut. Hingga selesai kesemua 83 ayat dalam surah yassin tersebut. Bakar kertas putih tersebut dan mohon agar Allah membalas perbuatan sihir serta tukang sihir itu. Makrifatkan iaitu bayangkan kertas tersebut adalah jasad dan roh tukang sihir.
Posted on: Sun, 23 Jun 2013 03:50:45 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015