Teringat masa kecil, sekitar darjah 4 hingga 6.Pergi mengaji - TopicsExpress



          

Teringat masa kecil, sekitar darjah 4 hingga 6.Pergi mengaji diupah 30 sen sekali hadir.Tingkatan 1 mak menangis-nangis suruh Khatamal Quran,tidak mahu, kerana malu disolek dan naik usungan.Akhirnya menerima upah rm1.00 sehari menghafaz ayat lazim, barulah khatam. Rahmatnya, hasil didikan asas ayah,Puan Nora Enggang(Qariah Saratok),menyertailah wakil Bahagian ke Peringkat Negeri Sarawak dan Maktab-maktab Malaysia beberapa kali.Mengenang diri kurang berada, WANG HADIAH TILAWAH QURAN yang ada secara kebetulan diguna pakai untuk MEMBAYAR PEPERIKSAAN SPM,hingga masuk maktab. Kini kesinambungan rahmat dan keberkatanNya, titik peluh dari gaji hari ini ke bank, membayar pula yuran semester Fatma Zawani, sementara masih boleh bertahan belum memohon PtPtN, kalau yidak silap untuk semester ke4 dan beberapa semester lagi.Mujurlah Fatma Zuhra diringankan Allah tidak perlu membayar apa yuran & tiket penerbangan setahun sekali, namun tidak terkecuali dari lain-lain keperluan tiket masa lain-lain cuti. Mengenang diri belum berkesempatan memanjakan diri memang gundah gulana juga, tetapi apabila merenung nasib ramai ibu tunggal yang lain tidak berpendapatan tetap kekadang tanpa bantuan bekas suami, dirasakan diri cukup bersyukur kerana X masih teralu mengambil berat kebajikan semua anak-anak.Berbanding dengan SEGELINTIR bapa mempaparkan dirinya cukup bahagia dengan kehidupan yang baru, sebaliknya BACUL apabila kebajikan anak-anak yang merupakan HADANAH & AMANAH ALLAH kurang diberi perhatian.Namun bilamana memerhati insan senasib,ketekunan mereka bersengkang mata melakukan pelbagai pekerjaan, kesimpulannya wanita yang hidup sendirian akan menjadi berani dan tabah bila terdesak oleh tuntutan kehidupan. Sekadar refleksi kehidupan. ~~~EnTaDaK1982~~~
Posted on: Mon, 02 Dec 2013 00:37:03 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015