Terkedu apabila meneliti kisah-kisah kehidupan pemimpin hebat - TopicsExpress



          

Terkedu apabila meneliti kisah-kisah kehidupan pemimpin hebat dalam islam seperti Umar Abdul Aziz, Saidina Umar Al Khattab, Imam Hassan Al Banna. Mereka tidak pernah meminta jawatan tetapi kerana sudah ditakdirkan untuk menjadi pemimpin, mereka gunakan kuasa itu untuk beri manfaat kepada seluruh manusia. Kerana sisi pandangnya sangat jauh, REDHA ALLAH. Hak terhadap Allah, mereka yang dipimpin (manusia), keluarga, ibu bapa semuanya dijaga. Saidina Umar Abdul Aziz ketika zaman pemerintahannya semua rakyatnya apabila hendak diagihkan zakat kekayaan tidak mahu menerimanya kerana mereka sudah tidak layak menerima zakat. Kerana kepimpinan Umar Abdul Aziz berjaya menjaga kebajikan rakyat dan mengagihkan kekayaan negara secara adil. Saidina Umar Al Khattab r.a sanggup menyamar sebagai rakyat biasa dan berjalan menelusuri setiap rumah bagi melihat sendiri kesusahan kehidupan rakyatnya sehingga ada rakyatnya yang merebus batu hari demi hari kerana ingin memujuk anaknya yang terus menangis kelaparan. Beliau amat tahu amanat sebagai pemimpin ini sangat besar. Inilah Gaya Kepimpinan Rasulullah.Teori sudah ada. Tinggal bagaimana pemimpin pada hari ini praktikkan dalam gaya kepimpinan moden sekarang. Ya Allah kuatkanlah diri ini, berilah petunjuk dan pimpinlah setiap langkahku. Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) sememangnya diperuntukkan dengan dana sebanyak RM 100,000 setiap sesi. Moga Hal Ehwal Pelajar (HEP) dapat berikan autonomi bagi kami uruskan duit tersebut dan diagihkan kesemuanya demi kebajikan dan intelektualisme mahasiswa. Cuba yang terbaik. Mohon doa sahabat2. Moga diri ini tidak tergolong dalam kalangan orang yang: # Retorik # SembangKencang # CakapBesar # CakapTakSerupaBikin
Posted on: Sat, 30 Nov 2013 18:16:09 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015