Tindakan tegas majikan satukan gaji, komisyen 2013/09/24 Kuala - TopicsExpress



          

Tindakan tegas majikan satukan gaji, komisyen 2013/09/24 Kuala Lumpur: Kerajaan akan bertindak tegas ke atas majikan yang dikesan menyatukan gaji asas pekerja bersama elaun, komisyen dan bayaran lain susulan peraturan gaji minimum RM900 di Semenanjung. Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot, berkata kementerian bagaimanapun belum menerima sebarang laporan mengenai perkara demikian, namun akan mengkaji dan mencari jalan terbaik untuk menangani masalah berkenaan jika ada kes yang dikesan. “Setakat ini, kita belum terima sebarang laporan mengenai perkara ini,” katanya selepas melancarkan Seminar Pencegahan Kemalangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) 2013, di sini semalam. Gaji minimum Beliau diminta mengulas kemungkinan ada majikan menggunakan taktik demikian susulan peraturan yang menetapkan RM900 sebagai gaji minimum di Semenanjung, tidak termasuk komisyen dan elaun lain. Sementara itu, Riot berkata, hanya 188,151 daripada 1.9 juta pekerja sudah menjalani ujian saringan kesihatan percuma di 2,999 klinik panel yang dilantik PERKESO setakat ini, membabitkan 89,393 pekerja lelaki dan 61,678 wanita. Katanya, PERKESO memperuntukkan RM200 juta untuk program saringan kesihatan percuma itu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2013, bertujuan memastikan golongan pekerja sentiasa sihat dan produktif. “Jika baucar ujian saringan kesihatan belum dituntut daripada majikan dan tidak digunakan sehingga hujung tahun ini, mereka dikehendaki menghubungi PERKESO untuk dilanjutkan tempoh,” katanya.BH
Posted on: Tue, 24 Sep 2013 03:06:26 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015