Ulasan tentang kenaikan harga ayam. Kontraversi isu Pak Menteri - TopicsExpress



          

Ulasan tentang kenaikan harga ayam. Kontraversi isu Pak Menteri suruh makan benda lain. Saya kalau jadi menteri pun akan cakap begitu cuma saya pasti media tak lanjutkan penjelasannya. Menteri itu bijak ekonomi sebenarnya bukannya bodoh seperti yang dituduh dan ditohmah oleh sentimen marah. Apabila kita kurang makan ayam maka permintaan ayam akan turun dan harga ayam juga akan automatik turun. Sementara nak bagi harga ayam turun, makanlah haiwan lain dahulu macam burung unta, unta, burung kasawari, burung puyuh, kuda, biri-biri, ikan kembong, belut, ikan puyu, pelanduk, lembu, landak, marmoot, arrnab dan lain-lain lagi. Konsep supply and demand ni macam awek hot di ofis anda. Kerana semua orang nak kat dia, jadi dia boleh demand gila-gila ala-ala diva. Tak mainlahh Myvi...i punya taste Ferrari you...u ade? (tangan dibahu). Dia akan demand walaupun beliau hanya seorang amah dari negara seberang. Itu semua kerana supply hanya ada 1 tetapi yang nak ada ramai. Cuba korang buat tak layan dan memilih orang lain pula. Maka yang tadi hot dah jadi tak hot. Bukan setakat MyVi...lori pun, lorilahhh janji boleh bersuami. Jelas kan konsepnya...saya dah jelaskan dalam bahasa yang mudah dengan situasi yang biasa tuan hadapi :) Harap maklung... -Saiful Nang- sponsored by AZRAM closet
Posted on: Wed, 17 Jul 2013 05:59:52 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015