Untuk puak2 maksum dalam PR.... [KISAH PASCA KONSERT GIG DI - TopicsExpress



          

Untuk puak2 maksum dalam PR.... [KISAH PASCA KONSERT GIG DI MUKTAMAR PAS 2013] Bercampur-baur pendapat dihambur baik para hadirin mahupun para khalayak alam maya saat mengetahui wujudnya persembahan heavy metal di konsert Gig Green Zone. Ya, kita boleh bersetuju ataupun tidak kerana masing-masing punya lensa cermin mata tersendiri. Adapun pengkisahan di bawah yang ingin dikongsi ini adalah kisah nilai, cerita makna erti perjuangan dakwah dan tarbiyyah, dua tungku selain siasah yang dipelopori Parti Islam SeMalaysia, PAS - gerakan Islam yang sekian lama hidup dengan penuh rencam, pelbagai ragam, penuh dengan asam dan garam. Dalam hiruk pikuk tegur, kritik malah sampai ke tahap makian dan sinis yang tidak henti-henti terutama di alam maya, penulis mendapat mesej ini daripada kekanda seperjuangan, dengan olahan : --- Ikhwah, sila baca statement di bawah. Dan tolong doakan agar semuanya dipermudahkan. Sedang dalam penyelesaian. Alhamdulillah, pimpinan kita sepenuhnya mahu bantu - full support! Aku dah buat keputusan jelas dan tegas. I will stand firm & clear with it. GREEN ZONE 2013 & RIDERS SE-MALAYSIA GATHERING 2013 adalah event terakhir aku untuk entiti PAS. Surat rasmi perletakan jawatan bagi semua entiti PAS, sudah aku siapkan. So, lepas ini kalau ada apa-apa event entiti PAS khusus utk ANAK MUDA dekat Selangor, Kedah & seluruh Malaysia, boleh la kalian call atau rujuk mereka yang tidak setuju, tak berkenan & condemn bagai nak rak GREEN ZONE 2013 kat MUKTAMAR 2013. Diharapkan mereka yang condemn ini mampu buat event-event untuk anak-anak muda lagi hebat & mampu memenangkan 90% undi PAS & PR untuk PRU 14 nanti. Sekian. Aku dah fed up & mual dengan fitnah, kondem mengondem. Perit jerih aku demi perjuangan hanya menghasilkan FITNAH & BURUK SANGKA yg berterusan. So enough is enough. Aku malas nak ambil pot apa-apa pun. Hal yang melibatkan entiti PAS habis dekat event RIDERS SE-MALAYSIA GATHERING petang ini saja. Spesis macam aku & geng-geng sekepala berlengas berhempas demi survival PAS & kerajaan Negeri Selangor, setakat level SAMPAH BUKIT TAGAR jer --- Beliau ialah Saudara Awi. Tulang belakang kepada aktiviti-aktiviti sebegini sejak 2004 ketika PAS mula memperkenalkan inisiatif mendekati anak muda melalui geng-geng motor sehingga tertubuhnya DACS dan pelbagai lagi. Beliau merupakan sahabat dan anak usrah kekanda seperjuangan kami ini, usrah geng underground dan central market. Melalui beliau dan rakan-rakan seangkatan beliaulah, PAS berjaya menarik ratusan menjangkau ribuan anak muda seluruh negara dan mengaktifkan aktiviti semisal DACS. Namun, disebabkan sedikit sebanyak cara kita memberi teguran dan kritikan yang tampak lebih membantai daripada berhikmah, menyebabkan beliau pada mulanya amat terasa sehingga terluncur kenyataan di atas. MAKA, APA KISAH SETERUSNYA? Ini dia - update daripada kekanda seperjuangan! --- Just nak share sikit dengan sahabat-sahabat. Petang tadi, kami cadangkan Dr Muhaimin (Kebudayaan Pusat), Suhaizan KP dan Hj Salehuddin untuk lawat dan berikan sedikit taujihat motivasi buat sahabat kita Awi atas apa-apa yang dia rasa terkilan dan down dua hari ini sampai dia dah nak back off totally from jamaah. Dr Muhaimin ajak sekali YB Ustaz Idris Ahmad, Lajnah Tarbiyyah. Cuma akhirnya Suhaizan dan Salehuddin tersangkut oleh pemberita. Masa di litar bila Bro Ikhwan ajak Awi jumpa pimpinan tu, nampak dia keberatan walau akhirnya nampak Awi bersungguh ceritakan serba sedikit sejarah dan kesungguhan dia dalam aktiviti-aktiviti geng dia dan outdoors permotoran tu. Masa dia cerita-cerita tu, lama-lama nampak YB Ustaz Idris pula yang menitiskan airmata, mungkin tak sangka dan turut terasa dengan apa yang Awi lalui sepanjang perjuangannya itu. Last ana nampak, Awi pulak yang peluk dan tepuk - tenangkan YB Ustaz Idris, bagitahu yg dia ok! Kuasa Allah...! Maka, apa yang perlu kita sama-sama pelajari ialah : 1. Sama macam Tuan Guru Presiden sebut dalam penggulungan tadi, bahawa setiap seorang kita ada sumbangan masing-masing untuk Islam mengikut bidang dan kemampuan. 2. Kena yakin sesama kita yang memang mahu buat kebaikan untuk Islam, cuma kita tak mampu buat selamanya. 3. Para pendakwah (kita semua dlm parti) wajib hentikan sikap menghukum, melabel, atau memberi persepsi buruk pada sahabat sejamaah. 4. Mulakan dengan bertanya atau tabayyun tatkala mendapat berita yang meragukan, kerana sebahagian dari dzan itu adalah salah dan berdosa. Cadangan saya, sapa-sapa yang kelapangan pergilah ziarah atau beri kata semangat utk Awi dan team DACS yg sdg kemaskan litar dalam gelap tu. Moga pasca muktamar ini sama-sama tsabat dan ikhlas di medan dakwah ini. Walam. --- Saya kira saya tidak perlu perpanjangkan apa-apa lagi. Orang mukmin amat mengerti tiap-tiap takdir yang Allah Taala tentukan. Tiada kebetulan di sisi Tuhan! Moga bermanfaat! Pautan : Penjelasan Dr Muhaimin Sulam - bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/23682-ada-ahli-pas-terkejut-konsert-gig-green-zone Ucapan Dr Muhaimin di Muktamar - youtube/embed/xTg9bu-f65E?wmode=transparent&modestbranding=1&rel=0&showinfo=0 Kerana kisah inilah, status FB YB Ustaz Idris Ahmad hafizahullahutaala tadi berbunyi begini : Saya cuba mendidik hati saya spy pandai menghargai subangan ahli2 Pas drp berbagai bidang utk membantu Pas. Kita perlu ingat! bukan senang org hdk masuk Pas. Bukn senang org hdk menyumbang tenaga kpd Pas. Uniknya ahli Pas drp berbagai latar belakang pendidikan dan sosial jgn dipersia2kan. Yg penting mereka mahu mengukuhkan Pas. Segala kekurangan itu adat manusia. Ambilah yg banyak persamaan. Imam Ghazali menyebut Jika kamu hendak mencari seorg yg tdk ada aib, nescaya kamu tdk akan temui --- ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! WALILLAHILHAMD!
Posted on: Wed, 27 Nov 2013 04:19:17 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015