Vitamin dan nutrien sepanjang kehamilan. Untuk mendapatkan segala - TopicsExpress



          

Vitamin dan nutrien sepanjang kehamilan. Untuk mendapatkan segala nutrien dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh sudah semestinya kita makan makanan yang berkhasiat bukan? Tetapi berbeza dengan wanita hamil, wanita hamil agak sukar mendapatkan segala nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan hanya sekadar dengan makan makanan berkhasiat sahaja. Wanita hamil memerlukan supplemen tambahan untuk menampung keperluan nutrien dan vitamin yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan dan juga kepada wanita hamil itu sendiri. Apakah supplemen yang paling utama untuk wanita hamil? 1. 10micrograms vitamin D setiap hari dan begitu juga untuk ibu yang menyusu. Vitamin D penting untuk penyerapan kalsium bagi menjamin tulang dan gigi yang sihat 2. 400micrograms asid folik setiap hari, diperlukan sebelum mengandung dan sehingga 12 minggu kehamilan. ini bagi mencegah berlakunya birth defect 3. Zat besi; untuk mengelakkan berlakunya anemia 4. Calcium 5. Vitamin C wanita hamil memerlukan penjagaan kesihatan yang lebih teliti berbanding wanita biasa, kerana wanita hamil boleh terdedah kepada pregnancy diabetes, pregnancy high BP, asid reflux atau pedih ulu hati, kekejangan dan macam-macam lagi. Semuanya berpunca daripada kekurangan nutrien yang diperlukan oleh tumbesaran bayi dalam kandungan menyebabkan bayi terpaksa mengambil nutrien pada badan ibu secara berlebihan.
Posted on: Tue, 23 Jul 2013 06:30:02 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015