WASHINGTON - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mula beroperasi - TopicsExpress



          

WASHINGTON - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mula beroperasi semalam selepas Kongres AS meluluskan rang undang-undang untuk membuka semula sebahagian agensi kerajaan persekutuan yang ditutup sebelum ini. Sebelum ini kerajaan AS ditutup selama 16 hari setelah anggota-anggota Dewan Perwakilan daripada parti Republikan berbalah dengan pentadbiran Presiden Barack Obama berhubung dasar penjagaan kesihatan yang diperkenalkan untuk penduduk yang masih tidak memiliki insurans kesihatan. Obama merupakan anggota parti Demokrat. Satu persetujuan dicapai oleh pemimpin Dewan Senat AS, Harry M. Reid daripada parti Demokrat dengan pemimpin parti Republikan di dewan yang sama, Mitch McConnell berhubung isu tersebut. Sebelum ini, wakil-wakil rakyat Parti Republikan yang merupakan anggota majoriti di Dewan Perwakilan tidak bersetuju dengan dasar kesihatan Obama itu kerana ia dibiayai kerajaan persekutuan. Dewan Senat mengundi 81 menyokong manakala 18 lagi menentang rang undang-undang yang untuk membuka semula kerajaan AS. Rang undang-undang untuk membiayai kerajaan dan meningkatkan had hutang AS itu diluluskan di Dewan Perwakilan kelmarin dengan undi 285 menyokong manakala 144 anggota menentang. Obama kemudian menandatangani rang undang-undang itu. Selepas dua minggu, tiba masanya untuk menamatkan penutupan kerajaan ini, kata seorang anggota Dewan Perwakilan parti Republikan, Harold Rogers. Kelulusan tersebut membolehkan kerajaan berbelanja sehingga 15 Januari depan manakala Perbendaharaan dibenar untuk meminjam seperti biasa menjelang 7 Februari 2014 atau sebulan kemudian. Sebelum ini, had hutang AS ditetapkan sebanyak AS$16.7 trilion (RM52.5 trilion). Ekoran persetujuan yang dicapai anggota-anggota Parti Republikan itu di Dewan Perwakilan, had hutang AS tersebut akan dinaikkan. Krisis penutupan kerajaan AS bermula pada 1 Oktober 2013 berikutan kegagalan Kongres meluluskan bajet negara menjelang tarikh akhir 29 September lalu. Sebahagian agensi kerajaan persekutuan yang sebelum ini ditutup seperti taman-taman negara dan muzium. Seramai 800,000 kakitangan kerajaan persekutuan sebelum ini diarah tidak bertugas kerana mereka tidak diberikan gaji ekoran penutupan sebahagian agensi kerajaan itu. - Agensi Artikel Penuh: kosmo.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1018&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2iF3wTgjl Hakcipta terpelihara
Posted on: Sun, 20 Oct 2013 07:24:20 +0000

Trending Topics



"stbody" style="min-height:30px;">
Háblame suavemente. Hay algo en tus ojos. No agaches la cabeza
Tomorrow, May 4th, the Italian March for Life takes place in Rome,
Overheard at the pool today: a father telling his visibly scared

Recently Viewed Topics




© 2015