Wahai Imam Hambali , Khalifah Al-Amin bukan pemimpin yang baik. - TopicsExpress



          

Wahai Imam Hambali , Khalifah Al-Amin bukan pemimpin yang baik. Dia suka berfoya-foya. Beliau mengambil harta baitul mal sesuka hatinya. Kahlifah Al-Amin juga suka meminum arak dan suka dihiburkan dengan nyanyian dan tarian,"adu seorang penduduk Baghdad kepada Imam Hambali. Aku sudah dimaklumkan berkenaan pekara itu. Tetapi masih ada kebaikan yang dilakukannya. BELIAU MEMELIHARA AKIDAH UMAT ISLAM DENGAN MELAKSANAKAN UNDANG-UNDANG MELARANG PENYEBARAN FAHAMAN YANG MENYELEWENG DARIPADA AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH. Khalifah juga tidak teragak-agak menghukum mereka yang menyesatkan umat Islam," kata Imam Hambali. Kenapa tuan masih bersikap baik terhadap Khalifah walau kelakuanya tidak terpuji ? " tanya Abdul Rahim al-Iraqi. Khalifah Al-Amin orang yang berkuasa. Aku mahu mendampinginya supaya dapat memberi nasihat yang baik. Jika kita menjauhkan diri daripadanya bagaimana kita hendak menegurnya?" Jawab Imam Hambali.
Posted on: Thu, 03 Oct 2013 00:57:55 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015