Wisdom Begin With Wonder. Err..betul ke?? hah,tu diaaaaa!! - TopicsExpress



          

Wisdom Begin With Wonder. Err..betul ke?? hah,tu diaaaaa!! anda yg membaca pun sdh mula berfikir dengan motto beliau,betul atau tidak kebijaksanaan itu bermula dengan berfikir. Alangkah bijaksananya calon umum bernombor 02 ini !*sambil tepuk tangan. “The only true wisdom is in knowing you know nothing.” -Socrates. Motto itu juga selaras dengan manifesto yg dibawa,salah satunya adalah sudut pembudayaan ilmu. Memetik sebuah artikel dari Berita Harian Online bertarikh 9 oktober bertajuk Budaya berfikir cetus kejayaan-(Ajaran Islam menekankan konsep ijtihad, melarang umatnya hidup dengan berserah kepada ketentuan takdir tanpa berusaha dan beramal secara ikut-ikutan tanpa kefahaman serta penghayatan. Kefahaman, penghayatan dan usaha itu terhasil daripada fungsi akal yang hidup dengan berfikir. Firman Allah SWT: “Patutkah mereka tidak mahu memikirkan isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu tidak datang dari sisi Allah, nescaya mereka akan mendapati perselisihan yang banyak di dalamnya.” (Surah al-Nisa’, ayat 82) Justeru, dalam bekerja akal juga perlu sentiasa dirangsang dengan berfikir secara kreatif, inovatif dan strategik ke arah mencapai matlamat kerja. Beberapa prinsip dalam Islam sebagai panduan berfikir ialah berfikir ke arah memperbaiki kesilapan lampau atau muhasabah diri. Kedua, berfikir ke arah pencapaian matlamat kerja yang bermanfaat, diredai dan diberkati Allah SWT. Ketiga, berfikir ke arah pelaksanaan sesuatu kerja dengan kaedah berkualiti dan tidak bertentangan dengan syarak. Keempat, berfikir ke arah pelaksanaan yang tidak bertentangan nilai akhlak dan adab, memudarat atau merugikan diri, pelanggan, masyarakat atau organisasi dalam jangka masa pendek dan panjang. Kelima, berfikir ke arah menambah baik pencapaian untuk kebaikan dunia dan akhirat. Bagi pekerja dan majikan, usaha berasaskan panduan berfikir perlu dijadikan ukuran kepada komitmen dan daya profesionalisme. Justeru, budaya berfikir secara ‘soleh’ perlu digalakkan di tempat kerja. Sesebuah organisasi perlu membuka ruang berfikir dalam kalangan staf yang juga aset kepada modal insan dimiliki kerana peluang dan ruang berfikir yang sempit atau disekat boleh menjejaskan kepuasan malah komitmen kerja. Aktiviti pembangunan insan dalam organisasi melalui kursus dan latihan, penyelidikan, pertukaran staf dan perkongsian pengalaman perlu dilihat kesannya terhadap pengembangan daya fikir anggota. Pembudayaan berfikir melalui percambahan idea dan pandangan secara formal dalam mesyuarat, seminar, bengkel mahupun secara tidak langsung melalui aduan dikemukakan atau program rekreasi yang dianjurkan organisasi seperti Hari Keluarga perlu digalakkan. Tujuan latihan, ilmu, perbincangan dan perkongsian sihat adalah untuk mendapatkan hasil daripada buah fikiran yang terbaik. Pemantauan berterusan melalui audit, perancangan dan pelaksanaan Perancangan Strategik dan Pelan Tindakan sesuatu dasar juga mengasah daya fikir warga organisasi. Namun, sikap keterbukaan, positif dan menghargai sebarang bentuk pandangan oleh pegawai atasan serta rakan sejawat penting untuk menghidupkan minat dan suasana berfikir yang dinamik kerana sesuatu kejayaan tidak akan berhasil tanpa kekuatan daya akal yang inovatif.) Penulis ialah Prof Madya di Jabatan Siasah Syariyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM)
Posted on: Tue, 29 Oct 2013 19:58:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015