bagi aku, tak sepatutnya Islamis memusuhi Sosialis - Komunis dan - TopicsExpress



          

bagi aku, tak sepatutnya Islamis memusuhi Sosialis - Komunis dan Sosialis - Komunis (aktivis - aktivis) memusuhi Islamis. bagi aku permusuhan sebegini adalah tidak betul. kerana kita saling memerlukan. Sosialis - Komunis memerlukan massa paling ramai untuk dipengaruhi, mereka tak boleh syok sendiri dengan mereka - mereka sahaja dan melabel Islamis - Islamis yang tidak faham sebagai reaksioner. Ini akan mengurangkan market. Dan Islamis sendiri tidak perlu mengejek Sosialis - Komunis, kerana Islam adalah ajaran moral - etik pada garis umum, melarang penghisapan, tetapi tiada dasar jelas untuk menentang Kapitalisme dalam abad industri ini. ide ekonomi untuk mencabar hegemoni ekonomi kapitalis, paling baik setakat ini dari sosialis - komunis. dan massa paling relevan untuk menjadi fighter dan boleh merubah kedudukan status quo, adalah Islamis (seperti Revolusi Iran) musuh kita sepatutnya satu sahaja, kapitalis. - via Benz Ali -Anak Jebat-
Posted on: Fri, 05 Jul 2013 06:18:56 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015