kalendar dicipta manusia untuk kesesuaian meramal cuaca dan - TopicsExpress



          

kalendar dicipta manusia untuk kesesuaian meramal cuaca dan keperluan setempat. sebagai misal kalendar suria atau syamsyiah adalah merujuk pergerakan matahari yang penting untuk negara 4 musim. Manakala bagi golongan pelaut atau di tengah khatulistiwa kalendar Qamariah (moon) adalah penting mengikut bulan bagi menjangka dengan tepat pergerakan angin monsun dll . orang melayu yang duduk di tanah melayu semenanjung sebagai petani dan nelayan di hutan khatulistiwa yang duduk di persekitaran laut juga ada kalendar mereka sendiri sesuai dengan keperluan tempatan seamasa Krata Masa atau dalam bahasa melayu modern sebagai carta masa merupakan kalendar pertanian orang-orang melayu di Semenanjung Malaysia. Dipersalin semula dari tulisan Lontara ke dalam fb ini dalam bentuk tulisan rumi. Oleh kerana ia terjermahan bebas admin yang bukan pakar dalam bidang pertanian maka akan ada penafsiran yang kurang tepat atau mungkin diperkekal istilah asal. Manakala tarikh2 yang dinyatakan adalah anggaran sahaja. 1. Ka-se (Yang pertama) bermula dari 22 atau 23 Jun sehingga 2 atau 3 Ogos untuk menanam punh puhn-arin ( tanaman sampingan contohnya seperti kacang tanah, ubi dll yang sifatnya lasak mudah urus kurang air dan kering). 2. Ka-de (Yang kedua) bermula dari 3 atau 4 sehingga 25/26 Ogos untuk menanam puhn-arin kali kedua. Ia ditandai dengan pohon kekabu mula bertunas. pohon kekabu ini tanaman wajib org melayu semenanjung dahulu di mana buahnya boleh dituai untuk dijadikan isi tilam / bantal. perkembangan pohon kekabu sangat signifikan kerana 3. Ka-le (bulan Ketiga) 25/26 Ogos - 18/19 September. Musim ubi-ubi bertunas, memungut /amot / menuai hasil puhn-arin. 4. Ka-pe (bulanKeempat) 18/19 September - 13/14 Oktober. Musim kering, Masa ini kekabu mula berbuah , saat paling sesuai menanam semula pisang. 5. Ka-me (bulan Kelima), 13/14 Oktober - 9/10 November. Musim hujan, pohon asam keping (buah gelugor bagi orang utara) bertunas, pohon kunyit berdaun muda. 6. Ka-en (bulan Keenam) 9/10 November - 22/23 Disember. Musim buah-buahan mulai tua, mula menjinak / menggaram kerbau untuk membajak tanah sawah. 7. Ka-ej (bulan Ketujuh) 22/23 Disember - 3/4 Februari. Musim tengkujuh kerap hujan sehingga banjir, badai, longsor (tanah jadi mudah runtuh), masa ini masa memantau air agar tidak banyak bertakung. punca banyak nyamuk 8. Ka-re (bulan Kedelapan) 2/3 Februari. Musim padi beristirahat, banyak ulat, banyak penyakit kerana cuaca yang lembab akibat musim tengkujuh baru berlalu. 9. Ka-ze (bulan Kesembilan) 1/2 Mac - 26/27 Mac. Musim padi berbunga, riang2 berbunyi. 10. Ka-sho (bulan Kesepuluh) 26/27 Mac -19/20 April. Musim padi berisi tapi masih hijau, burung-burung membuat sarang, tanam puhn-arin seterusnya. 11. Ka shos(bulan Kesebelas) 19/20 April - 12/13 Mei. Masih untuk tanaman sampingan, burung-burung beranak. 12. Ka Shode (bulan Keduabelas) 121/13 April- 22/23 Jun. Musim menumpuk jerami, tanda-tandanya udara dingin di pagi hari.
Posted on: Tue, 26 Nov 2013 09:38:02 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015