kes tembak lagi.....dekat Ipoh perak... IPOH - Seorang pesara - TopicsExpress



          

kes tembak lagi.....dekat Ipoh perak... IPOH - Seorang pesara TUDM maut ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki di hadapan sebuah restoran di Taman Rishah, di sini awal pagi tadi. Kejadian berlaku kira-kira jam 7.10 pagi ketika mangsa, S Jambu Keshan, 39, sedang mengangkat barang dari keretanya. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, ketika kejadian, suspek menaiki kereta Toyota Vios berada di lokasi berkenaan sebelum menghampiri mangsa. "Salah seorang suspek keluar dari kenderaan itu dengan memakai helmet menutupi muka lalu lepaskan tembakan. "Mangsa di bawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun oleh ahli keluarganya tetapi meninggal dunia sebelum tiba di hospital," katanya yang akan siasat ikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Posted on: Sun, 01 Sep 2013 05:36:35 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015