" kesan menonton video lucah" Menonton blue film (video lucah) - TopicsExpress



          

" kesan menonton video lucah" Menonton blue film (video lucah) hukumnya HARAM, kerana kita melihat secara jelas bentuk tubuh orang lain bahkan melihat mereka sedang melakukan jimak. Melihat aurat orang lain dapat menumpulkan fikiran dan mengeraskan hati. Jika perbuatan ini sering dilakukan maka dikhuatirkan mempercepat seseorang itu menjadi nyanyok atau pikun. Pernah suatu ketika Imam Syafie membaca ayat Quran namun sampai pada suatu ayat ia terlupa akan sambungannya. Beliaupun memperbanyak istighfar. Melihat keadaan beliau yang demikian sahabatnya pun bertanya... Maka Imam Syafie pun menerangkan bahawa ingantan atau hafalannya terganggu lantaran ia terlihat tumit wanita yang kebetulan terkoyak sarung kakinya sebesar ibu jari. Jika melihat aurat wanita sebesar ibu jari dapat melemahkan daya ingatan dan daya hafalan, tentu akan lebih besar kesannya jika dengan sengaja melihat aurat orang lain secara telanjang bulat seperti dalam blue film. Bukan itu sahaja, melihat kemaluan seperti zakar, faraj, dubur akan melemahkan IQ dan daya ingatan seseorang dalam kitab-kitab lama pondok ada menyebutkan diantara salah satu sebab ingatan lemah ialah melihat kemaluan tak kira kemaluan sendiri atau orang lain. Nabi SAW bersabda : “Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain” Hukum melihat aurat orang lain adalah haram. Maka, lebih-lebih lagi melihat bahan yang mengandungi unsur lucah yang boleh membangkitkan syahwat. Maka ia juga haram. Semua orang tahu walaupun seseorang itu bukan ustaz sekalipun. Bagi yang dah berkahwin juga bukan-bukan suka-suka boleh tengok video lucah dengan alasan utk menambah ilmu seksologi. Dalam keadaan ni pun tidak boleh. Bagi yang tak boleh kawal perasaan dan terjebak dgn keadaan ini boleh jumpa dengan orang yang dipercayai dan kongsi masalah. mantapkan IMAN dan TAKWA. Jika anda suami isteri terus melakukan pekerjaan yang buruk ini, maka pertama sekali nikmat yang akan hilang daripada kehidupan anda adalah hilangnya kenikmatan hubungan jimak dan kemesraan antara suami isteri. Sebab anda lebih senang bermain dengan khayalan seperti yang anda lihat dalam blue film. Untuk jangka panjang boleh menghilang ghairah seks bagi wanita dan melemahkan kemampuan syahwat bagi lelaki. Sebelum perkara buruk ini menghantui minda anda suami isteri dan menjadi penyebab malapetaka yang paling besar dalam kehidupan berumah tangga, maka hindarkanlah pekerjaan yang dilarang oleh agama ini. Langkah untuk menghindari perbuatan buruk ini, buanglah bahan yang mengandungi unsur lucah yang anda miliki. Kekanglah nafsu anda daripada memiliki bahan yang mengandungi unsur lucah tersebut jika anda benar-benar ingin berubah dari melakukan pekerjaan yang sia-sia ini. Percayalah jika kita sentiasa melakukan perbuatan yang tercela ini, maka Allah akan menutup pintu hati kita dan akhirnya doa kitapun tidak akan bererti apa-apa dan tidak diperkenankan oleh Allah SWT. Jika dah ada kesempatan dan rezeki nikah maka NIKAH jalan yang terbaik. Insyaallah...
Posted on: Wed, 17 Jul 2013 05:08:22 +0000

Trending Topics



dont you know about the Obama
1 year payday loans
I urge everyone to watch this video from Colonel Chris Hadfield,
IVE JUST PUT ALL MY EGGS IN ONE BASKET! I had no idea that I HAD

Recently Viewed Topics




© 2015