lagi info sukan tempatan Jurulatih kelab bola sepak perlu - TopicsExpress



          

lagi info sukan tempatan Jurulatih kelab bola sepak perlu mempunyai lesen C KUCHING: Bermula tahun depan, semua jurulatih yang melatih kelab bola sepak di Sarawak perlu mempunyai sekurang-kurangnya lesen C. Syarat itu ditetapkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datu Sudarsono Osman dalam usaha meningkatkan kualiti pemain yang menyertai kelab di seluruh negeri. Menurutnya, kelab-kelab bola sepak di seluruh negeri juga perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Sukan Sarawak. “Kita tidak mahu kelab bola sepak yang hanya aktif untuk seketika sahaja. Apa yang kita mahu adalah kelab yang konsisten dengan pengurusan yang baik beserta sumber kewangan yang kukuh,” katanya di sini semalam. Menurutnya, kelab-kelab sebegini perlu mempunyai hubungan dengan syarikat-syarikat perniagaan besar untuk terus berkembang. Beliau juga menyeru kelab-kelab sedia ada agar mencontohi kejayaan beberapa pasukan yang pernah mewarnai Liga Kuching sekitar 90an. Pada masa sama, Sudarsono juga mahu melihat peningkatan terhadap mutu permainan pada Liga Juara-Juara 2013 yang memulakan saingannya hari ini di Bintulu. Jelasnya, kualiti permainan pada edisi lepas (2011) kurang memberangsangkan dan gagal mencapai objektif yang dimahukan oleh pihak FAS. “Matlamat utama kejohanan ini dianjur adalah untuk menggilap bakat baharu yang dapat dipanggil menyertai skuad negeri di peringkat lebih tinggi. “Justeru, saya amat mengharapkan para pemain menunjukkan peningkatan yang lebih baik pada edisi kali ini,” katanya. Sebanyak 18 pasukan yang dibahagi kepada empat kumpulan bakal berentap pada saingan Liga Juara-Juara yang diadakan dari 29 September hingga 6 Oktober depan. Kumpulan A menyaksikan juara bertahan SEG FC (Kuching) FBSB FC (Miri), Rezadi FC (Sarikei) dan Betek Wood FC (Kapit). Sanjung Etika (Samarahan), AY17 (Sri Aman), ABC Club (Limbang), 30 Junctions (Betong) dan MLNG (Bintulu) pula bertarung dalam Kumpulan B. Kumpulan C pula menampilkan Sambir Bistari (Samarahan), PDRM-BST (Miri), Nafas E10D (Mukah), JKR Sri Aman (Sri Aman) dan Hulu Rajang United (Kapit). Manakala Kumpulan D menampilkan Samalaju Hornbill (Bintulu), EG Galaxy (Betong), Tiger FC (Limbang) dan Persela FC (Kuching). borneo post -kavouk-
Posted on: Mon, 30 Sep 2013 05:51:37 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015