lagi nyuci kot ketangkep..? bersyukurlah... Malaysia banyak - TopicsExpress



          

lagi nyuci kot ketangkep..? bersyukurlah... Malaysia banyak kerja... kesian kat warga asing yang merantau secara halal mahupun haram ke Malaysia semata-mata sebab nak kerja... Subang Jaya: Seramai 16 pekerja warga asing ditahan dalam operasi bersepadu Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bersama Jabatan Imigresen Selangor di lima pusat cucian kereta yang beroperasi secara haram di USJ 1 dan Bandar Puteri Puchong, petang semalam. Difahamkan, tindakan diambil kerana terdapat pengusaha menjalankan perniagaan berkenaan di kaki lima premis selain menggunakan khidmat pekerja asing yang tidak memiliki dokumen sah. Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, berdasarkan syarat menjalankan perniagaan cucian, pengusaha perlu menjalankan operasi di dalam lot kedai. “Jika perniagaan ini dijalankan di tepi jalan, ia tidak boleh diberi lesen dan permit. Dalam operasi hari ini (semalam), semua pengusaha didapati melakukan kesalahan kerana menjalankan perniagaan di kaki lima selain terdapat juga yang beroperasi berdekatan restoran,” katanya pada sidang media selepas berakhirnya operasi di sini, semalam. “Sistem perairan juga mesti mengikut prosedur yang dikeluarkan iaitu air tidak boleh dialirkan ke jalan manakala lantai dan dinding mesti berjubin,” katanya pada sidang media selepas berakhirnya operasi di sini, semalam. Beliau berkata, pihaknya turut menyita pelbagai peralatan mencuci manakala warga asing diserahkan kepada imigresen untuk proses dokumentasi.
Posted on: Tue, 01 Oct 2013 01:04:46 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015