oleh kerana aku x dapat post kat DS Najib... aku post saja kat - TopicsExpress



          

oleh kerana aku x dapat post kat DS Najib... aku post saja kat wall aku ni.. "dear PM, dalam kegairahan dato seri berpolitik dato terlupa tentang perkara penting yg mungkin akan menjejaskan usaha dato dan rakan2 memperkuatkan BN. kami golongan muda amat kecewa dengan sikap ambil mudah terhadap masalah pemilikan rumah golongan muda. program rumah pertamaku tidak membawa apa2 makna kerana pihak2 pemaju dibiarkan bermahajaralela memanipulasi harga hartanah di malaysia. peningkatan harga yang begitu rakus sejak kebelakangan ini. mungkin dalam masa 10 tahun lagi anak muda bumiputera tidak akan mampu lagi memiliki hartanah yang selesa. di mana menteri yang dipertanggungjawabkan utk menyelia dan memantau harga hartanah? kalau begini lah caranya, mungkin golongan muda tidak akan lagi menyokong kepimpinan Dato Seri... saya tahu dato seri bukan admin untuk page ini, dan mungkin pesanan dan rungutan saya ini setakat tersimpan dalam inbox atau tidak diendahkan oleh admin page yang diupah."
Posted on: Sun, 04 Aug 2013 22:36:05 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015