slm. SARAWAK HARMONI DAN KEMAKHMURAN DINIKMATI DAN SABAH MAJU JAYA - TopicsExpress



          

slm. SARAWAK HARMONI DAN KEMAKHMURAN DINIKMATI DAN SABAH MAJU JAYA DALAM MALAYSIA, perlu dihayati dengan penuh makna oleh rakyat kedua belah negeri tersebut. lanskap pembangunan yang kian membangun pesat di kedua buah negeri tersebut adalah hasil daripada kerjasama rakyat dan kepimpinan kerajaan pusat dan negeri yang amat komited dalam bertanggungjawab membangunkan Sabah dan Sarawak seiring dengan negeri-negeri di semenanjung Malaysia. tahniah dan syabas serta terima kasih kepada rakyat Sabah dan Sarawak kerana memilih menyertai Malaysia pada 16 September 1963. kita mengharapkan pada 50 tahun yang akan datang kedua buah negeri ini akan terus bersinar di persada dunia. terima kasih Sabah dan terima kasih Sarawak serta pucuk kepimpinan yang teguh oleh kerajaan di peringkat pusat mahu pun negeri yang muafakat.
Posted on: Mon, 16 Sep 2013 14:16:21 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015