ﺒﺴﻡﺍﻟﻟﻪﺍﻟﺭﻣﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ - TopicsExpress



          

ﺒﺴﻡﺍﻟﻟﻪﺍﻟﺭﻣﻥﺍﻟﺭﺤﻴﻡ PEMBERITAHUAN TENTANG PENUTUPAN JALAN SEMASA PERSEMBAHAN BUNGA API SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTRAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE -67 PADA HARI JUMAAT 14HB. ZULKAEDAH 1434H BERSAMAAN 20HB SEPTEMBER 2013M Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa beberapa jalanraya akan ditutup semasa Acara Persembahan Bunga Api sempena sambutan perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 67 Tahun pada hari Jumaat 14hb. Zulkaedah 1434H bersamaan 20hb. September 2013M. Jalan-Jalan yang akan ditutup pada petang tersebut adalah :- - Jalan Pengiran Ahmad dari simpang masuk Jalan Sg Basong hingga ke Jalan masuk ke Komplex Sukan Tutong. - Jalan Petani bermula dari u-turn berdekatan Mahad Islam Brunei hingga ke pusing keliling Dewan Bahasa dan Pustaka Daerah Tutong. - Jalan dari pusing keliling Dewan Bahasa dan Pustaka hingga ke simpang 3 berdepanan dengan Sekolah Awam Tutong. - Jalan dari pusing keliling Dewan Bahasa dan Pustaka hingga ke simpang masuk Dewan Bahasa dan Pustaka menuju ke Sekolah Pertama. - Jalan simpang masuk ke Dewan Kemasyarakatan hingga ke pusing keliling Dewan Bahasa dan Pustaka dan dari Pusing keliling tersebut menghala ke Jalan Pg Ahmad. Penutupan jalan tersebut akan bermula dari jam 1830 petang hingga acara pada malam tersebut selesai dijalankan. Oleh yang demikian, pemandu-pemandu jalanraya yang tidak mempunyai pas kenderaan hendaklah menggunakan jalan-jalan alternative yang tidak ditutup dan adalah diingatkan supaya akan sentiasa mengambil kewaspadaan dan sikap tolak ansur semasa berada dijalanraya demi untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Beberapa anggota Pasukan Polis Diraja Brunei akan berada dilokasi penutupan jalan bagi membantu para pemandu menunjukkan jalan-jalan yang boleh dilalui. Orang ramai adalah dinasihatkan mematuhi arahan yang diberikan oleh anggota-anggota polis yang bertugas. Bagi para jemputan yang dijemput menghadiri acara tersebut, dinasihatkan agar menunjukkan kad-kad pas kenderaan yang telah dikeluarkan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi sambutan perayaan dan Asean Inter Parlimentry Assembly untuk memudahkan anggota-anggota polis bertugas memberi laluan bagi mereka meletakkan kenderaan mereka mengikut tempat yang dinyatakan pada pas tersebut. Pas-pas yang telah dikeluarkan dan tempat letak kereta adalah:- 1. Pas Parking VIP tempat letak kereta ialah kawasan Lapang Belakang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong. 2. Pas JEMPUTAN / JAWATANKUASA tempat letak kereta ialah kawasan Lapang Belakang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong. 3. Pas sementara LOADING/OFFLOADING bagi kenderaan penghantar dan mengambil peserta dan barang-barang. Adalah dinasihatkan kepada orang ramai yang ingin menyaksikan persembahan Bunga Api tersebut agar berkongsi kenderaan dan datang lebih awal bagi meletakkan kenderaan mereka ditempat selamat disepanjang Jalan Petani, kawasan letak kereta Petani Mall, kawasan masuk Komplex Sukan Tutong dan kawasan Gerai perayaan. Pemandu-pemandu kereta tidak dibenarkan meletakkan kenderaan mereka disepanjang Jalan Pg Ahmad hingga ke Jalan masuk Sungai Basong iaitu simpang masuk rumah Kediaman Rasmi Pegawai Daerah. Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak mendekati kawasan kawalan bahan letupan bunga api tersebut bagi mengelak dari terkena percikan api. Kereta-kereta yang didapati tidak mengikut arahan akan dipindahkan dan diambil tindakan kepada pemandunya. Dalam kesempatan ini pihak Polis menasihatkan orang ramai untuk memastikan rumah-rumah ditinggalkan dalam keadaan selamat berkunci dan semua harta benda mereka disimpan ditempat yang selamat. Walau bagaimanapun pihak Polis akan sentiasa meningkatkan rondaan dikawasan-kawasan perumahan dan tempat-tempat yang sering berlaku kegiatan jenayah. Orang ramai juga disarankan untuk tidak leka dan meningkatkan kewaspadaan semasa sama-sama meraikan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 67 Tahun pada tahun ini. Allah Selamatkan Negara Dan Sultan. Sekian Terima Kasih.
Posted on: Thu, 19 Sep 2013 08:17:07 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015