-petik dari buku RECEP TAYYIP ERDOGAN (hasil penulisan Syarif - TopicsExpress



          

-petik dari buku RECEP TAYYIP ERDOGAN (hasil penulisan Syarif Taghian)- salah satu media Turki edisi 25 Ogos 2009, "Bersamaan azan Maghrib, Erdogan mengetuk pintu rumah seorang nenek yang bernama Aisyah Oljun yang tinggal di desa Bagjilar, Ankara, ibu kota Turki. Nenek tersebut tidak percaya dan mengusap kedua matanya ketika melihat wajah orang yang mengetuk pintunya. Dia adalah Perdana Menteri Erdogan yang datang untuk berbuka puasa di rumahnya dan menanyakan keadaannya......." ----------------------------------------------------------------------------------- ".....Erdogan juga mengunjungi 3 buah rumah di sekitar rumah nenek tersebut. Ketika mengunjungi salah- satu dari ketiga-tiga rumah tersebut, masuklah Datuk Bandar bernama Bektas dan dia duduk bersamanya. Kemudian Erdogan berkata kepada Datuk Bandar tersebut, "Aku meminta sesuatu kepadamu malam ini." "Silakan yang mulia," Datuk Bandar menjawab. Lalu Erdogan menghulurkan tangannya dan memasukkannya ke dalam poket Datuk Bandar. Dia mendapati sebungkus rokok seraya berkata, "Kamu tinggalkan rokok ini mulai sekarang." Datuk Bandar itu terkejut kerana dia harus menerima permintaan Erdogan. Datuk Bandar pun meminta izin agar bungkusan itu menjadi bungkusan terakhir yang dihisapnya. Erdogan menolak dan dia tetap memegang bungkus rokok tersebut, lalu menulis nama datuk bandar, tanggal dan meletakkan tanda tangan pada bungkusan rokok tersebut. Kemudian memberikan rokok tersebut kepada ketua pegawai, dan memintanya menyimpan bungkusan rokok tersebut di Muzium Rokok untuk dijadikan koleksi." dari hari ke hari Erdogan merasa dirinya adalah milik rakyat bukan elit politik yang tinggal di menara gading, yang hanya mementingkan organisasi dan berbincang hal-hal yang tidak difahami masyarakat....... ---------------------------------------------------------------------------------------
Posted on: Mon, 09 Sep 2013 06:51:08 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015