005 Antara masalah yang ikhwan tidak mampu selesaikan: 1. - TopicsExpress



          

005 Antara masalah yang ikhwan tidak mampu selesaikan: 1. ikhwan tidak mahu mengiktiraf amal islami orang lain, ini menyamai realiti yang dilalui oleh parti-parti politik yang sememangnya banyak mengabaikan elemen ketulusan dan ketelusan. Realiti ini menjadikan ikhwan hampir tiada beza dengan parti politik atau entiti kapitalis / demokrasi dalam muamalat sesama masyarakat ( umat islam khasnya ). 2. Seolah-olah islam itu milik ikhwan sahaja, ( sebagaimana yang biasa terserlah dalam mana-mana entiti nasionalis, kapitalis, demokrasi, rasis. 3. Secara tak langsung ia mengajar masyarakat untuk melakukan perkara yang sama sebagaimana ikhwan lakukan. 4. Sedangkan sepatutnya, dengan status pendokong gerakan islam , ikhwan mampu memberi penyelesaian mengikut prinsip dan kaedah islam tanpa menutup dan mengharamkan prinsip islam lain yang sebenarnya bebas untuk diamalkan. ( bukan milik perbendaharaan ikhwan ). 5. Secara umum mentaliti seperti ini, membayangkan ikhwan tidak mampu pergi jauh ( dalam konteks kegemilangan islam ) walaupun berstatus pendahulu gerakan islam terbesar dan berpengaruh.
Posted on: Wed, 04 Dec 2013 05:19:56 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015