10 Zulkaedah 1434H "Kematian tak mungkin dicegah dengan - TopicsExpress



          

10 Zulkaedah 1434H "Kematian tak mungkin dicegah dengan ubat" Biarkanlah hari-hari berbuat semahunya Berlapang dadalah jika takdir menimpa Jangan berkeluh-kesah atas musibah di malam hari Tiada dugaan yang kekal di muka bumi Jadilah insan tabah dalam menghadapi tragedi Jadilah pemaaf selalu menepati janji Jika banyak aibmu di mata manusia Sedang engkau berharap menutupinya Bersembunyilah engkau di sebalik derma Dengan menderma aibmu tertutup semua Jangan pernah terlihat lemah di depan musuhmu Sungguh malapetaka jika musuh mentertawakanmu Jangan berharap dari orang kikir kemurahan Di neraka tiada air bagi orang yang kehausan Rezekimu tidak berkurang kerana kerja wajar perlahan Berlelah-lelah tidak menambah rezeki seseorang Tiada kesedihan yang kekal tidak pula kebahagiaan Tiada kesulitan yang abadi tidak juga kemudahan Jika engkau berhati puas dan mudah menerima Sungguh, antara engkau dan raja dunia tiada beza Barangsiapa kematian datang menjemputnya Langit dan bumi takkan mampu melindunginya Bumi Allah begitu lapang luas membentang Namun seakan sempit kala ajal menjelang Biarkanlah hari-hari ingkar janji setiap saat Kematian tak mungkin dicegah dengan ubat Sekujur tubuh menggigil dikunjungi malaikat Segera bertaubat sendiri mahu ingat !!
Posted on: Sun, 15 Sep 2013 22:11:07 +0000

Trending Topics




© 2015