11 premis diarah tutup 9 September 2013 * TAPAH - Menyedari - TopicsExpress



          

11 premis diarah tutup 9 September 2013 * TAPAH - Menyedari bahawa mata pencarian bakal hilang disebabkan kesilapan sendiri, ada pemilik premis makanan di Pekan Tapah yang sanggup merayu supaya tidak dikenakan tindakan. Mereka adalah antara 11 daripada 15 pemilik premis makanan yang diarahkan tutup dalam Ops Bersih dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri selepas didapati mengabaikan aspek kebersihan dan tidak mematuhi peraturan ditetapkan. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan Kualiti Makanan), Shamsuddin Ahmad berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha makanan kerana telah menjalani kursus pengendalian makanan sebelum memulakan perniagaan. “Kami mengarahkan 11 premis makanan ditutup serta merta selama 14 hari untuk memberi peluang kepada pekerja kedai itu membuat pembersihan. “Bagaimanapun sekiranya pekerja kedai itu boleh membuat pembersihan dalam tempoh dua atau tiga hari, mereka boleh datang ke pejabat untuk memohon membuka kembali premis mereka,” katanya ketika ditemui selepas operasi berakhir semalam. Turut serta, Pegawai Kesihatan Persekitaran bahagian Kawalan Keselamatan Makanan, Tajuddin Hamzah Shamsudin berkata, setelah pemilik premis membuat permohonan untuk membuka kembali premis mereka, pihaknya akan turun padang membuat pemeriksaan lanjut. "Jika tahap kebersihan di premis tersebut dalam keadaan ditetapkan, mereka boleh membuka kembali kedai makan mereka. Namun pemeriksaan terhadap tahap kebersihan di premis makanan akan diteruskan dari semasa ke semasa," katanya. S.H
Posted on: Mon, 09 Sep 2013 11:45:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015