2 Elemen Emosi Buat Pelanggan Teruja Beli Produk. Joe Girard - TopicsExpress



          

2 Elemen Emosi Buat Pelanggan Teruja Beli Produk. Joe Girard (World Greatest Salesman) adalah jurujual yang bangun seawal pukul 6 pagi untuk memulakan aktiviti menjual kereta. Aktiviti ini konsisten setiap hari. Ia menjadi satu disiplin kejayaan buat Joe Girard. Terdapat 2 elemen beliau nyatakan, yang menyebabkan dirinya terlalu teruja untuk bangun dan bekerja pada awal pagi. 2 elemen ini boleh diterapkan dalam dunia pemasaran SMS. Lebih khusus, ia berkaitan dengan psikologi pelanggan. ========= Elemen 1 - Insentif ========= Pelanggan suka pada insentif. Mereka suka beli sesuatu untuk dapatkan sesuatu yang lebih istimewa berkaitan dengan dirinya. Sebagai contoh, kita jual produk untuk kuruskan badan. Penjual biasa menjual 1 produk sahaja kepada pelanggan. Tanpa memberikan sesuatu yang ekstra dan istimewa kepada pelanggan. Sebagai contoh, "Beli produk XYZ ini. Harganya adalah RM130 sahaja." Aktiviti menjual yang mengadunkan elemen insentif, akan membuatkan pelanggan rasa seperti kita faham apa yang mereka mahu. Contoh elemen insentif yang sesuai, "Harga produk XYZ ini RM130. Tetapi sebab awak SMS cepat, awak dapat diskaun jimat RM30. Hanya bayar RM100 sahaja. Selalu guna Maybank atau CIMB untuk buat bayaran?" Insentif yang kita berikan adalah dari sudut masa. Penggunaan perkataan "cepat" dapat mewujudkan emosi positif dan lega kepada pelanggan. ========== Elemen 2 - Motivasi ========== Perkataan "terhad" adalah perkataan yang sinonim dan terbukti berkali-kali dapat mewujudkan tekanan positif dalam diri pelanggan, untuk bagi duit kepada kita. Perkataan terhad tergolong dalam perkataan yang mencetuskan motivasi. Selain daripada perkataan terhad, perkataan lain yang boleh kita gunakan adalah "berurusan." Sebagai contoh, "SMS kami di nombor XYZ. Kami hanya berurusan dengan 10 orang pelanggan pertama sahaja. Biasanya dalam masa 15 minit dari sekarang, kuota SMS daripada 10 pelanggan ini akan penuh." Dari aspek skala, kita boleh bajet setiap hari kita akan berurusan dengan 10 orang pelanggan sahaja. Pelanggan yang SMS pada giliran ke 11 dan sebagainya, kita boleh maklumkan bahawa mereka perlu tunggu giliran yang seterusnya pada keesokan hari dan sebagainya. Dalam kes ini, bisnes kita akan bergerak sebagai magnet. Pelanggan yang cari kita. Bukan kita cari pelanggan. =========== Iklan Bisnes - Audio Strategi Pemasaran SMS Jualan 7 Angka =========== Bagaimana seorang penulis iklan (copywriter) yang duduk di Malaysia, membantu ratusan anak-anak muridnya menghasilkan nilai jualan 7 angka. … Hanya menerusi strategi pemasaran SMS. Teknik yang terbukti berkali-kali untuk tingkatkan sales setiap hari. "Dalam masa 5 tahun dari sekarang, pemasaran SMS akan membantu pemilik bisnes di seluruh dunia, untuk memberikan pulangan sebanyak bilion ringgit." Jawapan strategi pemasaran SMS yang berkesan ada pada laman web di bawah: Klik sini --->> writetowealth.my/strategi-sms PS: Audio ini khas untuk usahawan dan bakal usahawan yang percaya pada kuasa pemasaran SMS sahaja.
Posted on: Wed, 02 Oct 2013 02:24:05 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015