3 AHLI KELUARGA SUSPEK UTAMA DI TAHAN. - TopicsExpress



          

3 AHLI KELUARGA SUSPEK UTAMA DI TAHAN. SHAH ALAM: Polis menahan tiga suspek yang juga ahli keluarga suspek utama dalam kes tembak di sebuah bank di USJ 2 Sentral dan merampas wang tunai sebanyak RM20,000 dipercayai sebahagian daripada kira-kira RM450,000 wang tunai yang dilarikan dalam kejadian Rabu lalu. Semua suspek berusia lingkungan 20-an hingga 30-an itu ditahan di kediaman mereka di Klang, lewat malam hari kejadian, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan. Mohd Shukri juga menunjukkan gambar suspek, Ardi Hamza, yang dikehendaki berkaitan kes itu dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, di Shah Alam, hari ini. Tambahnya lagi, polis akan mengambil tindakan ke atas individu yang bertanggungjawab mendedah dan menyebar gambar serta rakaman CCTV kejadian tembak dan rompak mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Media.
Posted on: Fri, 25 Oct 2013 07:57:08 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015