3 Tip SMS Marketing - Jenis-jenis nada berduit. Dalam ruangan - TopicsExpress



          

3 Tip SMS Marketing - Jenis-jenis nada berduit. Dalam ruangan mesej telefon bimbit atau SMS, pelanggan tidak tahu bagaimana nada kita dilontarkan. Berhati-hati apabila menggunakan simbol yang menjelaskan nada. Nada yang terlalu tinggi, akan menyebabkan pelanggan rasa mesej kita ini ibarat mesej yang marah-marah. Nada yang terlalu rendah pula, akan menyebabkan pelanggan rasa mesej kita ini ibarat mesej yang malas-malas. Kedua-dua jenis nada negatif ini akan membuatkan pelanggan meluat untuk baca SMS kita. Lantas menyebabkan mereka benci untuk bagi duit. Jenis-jenis frekuensi nada yang lazim digunakan dalam SMS adalah: =========== High Tone =========== Nada tinggi biasanya melibatkan penggunaan simbol tanda seru (!). Contoh SMS yang biasa menggunakan simbol ini adalah, [+] Terima kasih! [+] Apa khabar! [+] Jangan risau! Simbol ini mendekatkan bisnes kita dengan risiko. Pelanggan tidak tahu ukuran nada kita. Justeru itu, adalah lebih baik jika setiap mesej kita tidak menggunakan simbol nada. Jika perlu guna dalam keadaan tertentu, jumlah tanda seru yang baik adalah 1 sahaja. Selain daripada tanda seru (!), penggunaan tanda soal yang banyak seperti (???) juga akan menyebabkan pelanggan lari. Nada high tone yang tidak dikawal dengan baik seakan-akan memarahi pelanggan. =========== Low Tone =========== Nada yang menyebabkan pelanggan rasa kita seperti malas mahu layan mereka. Nada low tone banyak menggunakan simbol titik (.). Contoh SMS yang menggunakan nada low tone adalah: [+] Terima kasih… [+] Adakah anda seronok berurusan dengan kami… [+] Tolong bank-in ke akaun ini ya… Tidak menggunakan langsung nada low tone adalah lebih baik. Penggunaan titik yang banyak akan membuatkan mesej kita tidak ubah seperti nada orang malas bercakap. Dalam konteks pemasaran SMS, pelanggan suka untuk berurusan dengan nada yang neutral dan terkawal. =========== High Risk Tone =========== 2 dalam 1. Menggabungkan nada high tone dan low tone. Sebagai contoh: Hai!!! Apa khabar??? Terima kasih kerana berurusan dengan bisnes kami… Ayat di atas sahaja sudah menggambarkan betapa rendahnya kredibiliti bisnes kita. Pelanggan menghukum akhlak SMS pemilik bisnes, menerusi nada yang digunakan. =========== Medium Tone =========== Jalan terbaik dan memudahkan adalah menggunakan medium tone. Iaitu nada yang neutral dan tidak terlalu mengganggu emosi pelanggan. Contoh-contoh medium tone adalah: [+] Terima kasih. [+] Sudah bayar? Medium tone adalah nada yang berada dalam lingkungan comfort zone pelanggan. Memandangkan pelanggan tidak boleh agak nada suara kita yang sebenar, maka menggunakan simbol neutral jauh lebih baik. Untuk belajar lebih banyak tip, strategi dan teknik pemasaran SMS, sila download audio Strategi SMS Jualan 7 Angka. ========== Audio Strategi SMS Jualan 7 Angka ========== Pakej ilmu audio Strategi SMS Jualan 7 Angka, adalah audio yang membantu pemilik bisnes yang menggunakan telefon atau SMS, untuk: 1) Meningkatkan jualan produk atau servis menerusi strategi SMS yang terbukti berkesan. 2) Menulis skrip SMS yang pelanggan suka respon. 3) Membuatkan pelanggan percaya dan yakin, untuk bagi kita duit apabila berurusan menerusi SMS. Audio Strategi SMS Jualan 7 Angka ini telah membantu pengamal tekniknya untuk menghasilkan nilai jualan lebih RM1 juta. Dalam masa 5 tahun dari sekarang, pemasaran SMS akan membantu pemilik bisnes di seluruh dunia, untuk memberikan pulangan sebanyak bilion ringgit. - Juniper Research. Klik laman web di bawah untuk pembelian secara online: ======= Klik sini -->> writetowealth.my/strategi-sms ======= Kuota download audio ini adalah terhad. Audio ini akan naik harganya pada bila-bila masa mulai sekarang.
Posted on: Sat, 25 Jan 2014 13:00:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015