3 warga Uzbekistan dihukum mati. 9/11/2013, Sabtu Shah Alam: Dua - TopicsExpress



          

3 warga Uzbekistan dihukum mati. 9/11/2013, Sabtu Shah Alam: Dua wanita dan seorang lelaki warga Uzbekistan dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, semalam, selepas didapati bersalah mengedarkan 10 kilogram (kg) syabu, tiga tahun lalu. Pesara, Dilbar Nazarova, 54, menghadapi tuduhan mengedar 4.2 kg syabu, manakala penganggur Jasur Djurakulov, 39, dan Sayora Nurmukhamedova, 58, masing-masing mengedarkan dadah jenis sama, 3.6kg dan 2.2kg. Hakim Datuk Nurchaya Ar-shad mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Alasan mereka datang ke Malaysia hanya untuk membeli peralatan komputer dan cakera video digital bagi dibawa pulang ke Uzbekistan. Alasan beg berisi dadah itu diberikan individu bernama Shoruh ketika di Lapangan Terbang Tashkent juga dianggap tidak munasabah, selain keterangan bercanggah ketiga-ketiga tertuduh mengenai individu terbabit. Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama, yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati.
Posted on: Sat, 09 Nov 2013 03:15:54 +0000

Trending Topics



unce that weve opened
Scandale au Mexique : elle accouche devant l’hôpital qui a

Recently Viewed Topics




© 2015