4 agensi pengendali pakej umrah sudah kena tindakan Alor Setar: - TopicsExpress



          

4 agensi pengendali pakej umrah sudah kena tindakan Alor Setar: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sudah mengambil tindakan ke atas empat agensi pengendali pakej umrah berhubung penipuan pakej umrah yang ditawarkan syarikat itu. Menterinya Datuk Hasan Malek (gambar) berkata, keempat-empat agensi itu beroperasi di Selangor, Melaka dan Kelantan, dengan tindakan diambil menerusi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), selepas menerima kira-kira lima aduan membabitkan penipuan pakej umrah tahun lalu dan tahun ini. “Kebanyakan aduan diterima mengenai tarikh penerbangan sentiasa berubah, umrah dibatalkan dan deposit peserta pakej itu tidak dipulangkan semula oleh agensi berkenaan. “Selain itu, kita turut menerima aduan apabila agensi pengendali tidak menepati pakej umrah yang ditawarkan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan jemaah,” katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran e-Umrah, di sini, semalam. Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah Uniutama Management Holdings Sdn Bhd (UMHSB) Datuk Dr Affifudin Omar dan Exco Kerajaan Negeri Mohd Rawi Abd Hamid. Beliau berkata, mengikut Akta Perihal Dagangan 2011, syarikat berkenaan boleh dikenakan denda RM200,000 atau RM100,000 bagi individu. Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan memastikan agensi pengendali umrah mempunyai pendaftaran yang sah dan tidak membabitkan orang tengah jika ingin menyertai pakej umrah.HM
Posted on: Mon, 09 Sep 2013 05:43:46 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015