4 amalan yang harus dilakukan sebelum tidur Berkaitan dengan - TopicsExpress



          

4 amalan yang harus dilakukan sebelum tidur Berkaitan dengan persiapan menjelang tidur, dalam beberapa literatur disebutkan bahwa Rasulullah SAW pernah berwasiat kepada istrinya, Siti Aisyah: “Wahai Aisyah, janganlah engkau tidur sebelum engkau melakukan empat hal: 1. Mengkhatamkan Al-Qur’an 2. Memperoleh syafa’at dariku 3. Kaum Mu’minin dan Mu’minat ridho kepadamu 4. Melaksanakan Haji dan umrah” Aisyah bertanya: “Ya, Rasulullah… Bagaimana mungkin aku melakukan semua itu sebelum tidur?” Rasulullah SAW menjawab: “Sebelum tidur : 1. Bacalah surat al-Ikhlas 3 kali. Maka seakan2 (sama nilainya) dengan mengkhatamkan Al-Qur’an. 2. Bacalah shalawat untukku, “Allaahumma shalli ‘ala Muhammad wa ‘alaa aali Muhammad”, maka aku akan memberi syafa’at kepadamu. 3. Mintalah ampunan untuk kaum mi’min/at (Allaahummaghfir lil mu’miniina wal mu’minaat, wa lil muslimiina wal muslimaat, al-ahyaa-i minhum wal amwaat), maka niscaya mereka akan meridhoimu. 4. Bacalah “Subahanallah, Wal hamdulillah wa la ilaha illallah huwallahu akbar”, maka seakan2 (sama nilainya) engkau telah melaksanakan haji dan umrah” Selamat tidur… Jangan lupa wudhu… Yakinlah bahwa Allah SWT akan memberikan jalan keluar bagi permasalahan “hamba”-Nya. Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur. 1. Baca doa sebelum dan selepas tidur. 2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati. 3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah ? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X. 4. membaca Ayat Kursi . Semoga kita di jauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur. 5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang. 6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat. 7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu. 8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. 9.membaca surah Sajadah dan Al Mulk sebelum tidur. Mengamalkan membaca surat Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita, tempat semadi sementara menunggu akhirat, suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang. 10.Tutup aurat ketika tidur.
Posted on: Sat, 09 Nov 2013 15:49:27 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015