(62) KAMI JELASKAN SOAL TOHMAH KUTUK-MENGUTUK SESAMA ISLAM - TopicsExpress



          

(62) KAMI JELASKAN SOAL TOHMAH KUTUK-MENGUTUK SESAMA ISLAM DIBAWAH INI. Bermula dengan meneliti matalamat perjuangan Umno. Kami ingin menjelaskan disini bahawa pada prinsipnya kami memandang Pas dan Umno adalah dua jemaah (parti politik) yang cita-cita perjuanganya bercanggah antara satu sama lain. Dasar perjuangan Pas sama dengan perjuangan jemaah tabligh ‘berhasrat mengembalikan martabat Islam sebagaimana asal yang dibawah oleh Rasulallah saw’ Artinya seluruh umat Islam wajib patuh kepada seluruh peraturan syari’at Islam serta menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber perundangan tertinggi Negara. Kami yakin kedua-dua jemaah Pas dan Tabligh tidak berselisih paham dalam hal dasar perjuangan walaupun masing-masing membawa uslup yang berbeza. Manakala dasar perjuangan asal Umno ialah ‘Kebangsaan Melayu’ Membela dan mempertengkatkan Melayu dalam semua aspek kehidupan. Maka oleh sebab majority orang Melayu adalah beragama Islam, maka Umno bertungkus-lumus cuba menyelaraskan amtara Melayu dan Islam adalah bergantungan antara satu sama lain. Lalu Umno memwujudkan falsafah ‘Bila Melayu maju maka Islam akan ikut maju’ Tentunya itu adalah falsafah karut dan ternyata gagal samasekali kerana Islam yang dibawah oleh Rasulallah saw adalah rahmat seluruh alam yang tidak dikaitkan mana-mana bangsa. Sebagai dalil Hadis Rasulallah saw yang mahfumnya “Tidaklah ‘Arab’ itu istimewa disisi Allah. Allah hanya memandang taqwa kamu kepadaNya” Kalau Arab pun Rasulallah saw kata tidak istimewa. Melayu tentunya lebeh jauh lagi. Namun Umno menyedari bahawa dasar perjuangan ke Melayuan akan pupus kerana reality masarakat majmuk dan Islam di Malaysia lambat laun akan menolak perjuangan yang bersifat rasialis. (perkauman) Menyedari hakikat ini Umno ingin membawa imaj perjuangan yang bersifat keIslaman. Oleh itu ia tetap meneruskan percubaanya mengaitkan ‘Islam’ dalam dasar perjuanganya dengan menwujudkan konsep ‘Islam Hadhari’ yang ada sekarang. Tetapi oleh sebab konsep ‘Islam Hadhari’ itu terang bathilnya, maka kita nampak jelas hari ini kegagalan Umno dalam hala tuju perjuanganya yang penoh gejala penyelewengan dan rasuah disegenap sudut dari perengkat pemimpin tertinggi hinnga kebawah. Umno tidak akan mampu membetulkan dirinya kerana pemimpin tertingginya pun terlibat sama dalam rasuah. Hingga hari ini ulama jemaah kita tabligh belum mampu menegur kemungkaran ‘Islam Hadhari’. Dimana konsep mencegah kemungkaran dalam jemaah kita.? Yang lebeh mempercepat kepupusan perjuangan Umno ialah para pemimpin mereka mentarbiyah ahli-ahlinya dengan semangat meraeh kebendaan yang sangat tebal. Sekarang kita boleh nampak dengan jelas perjuangan Umno telah menjadikan matalamat kebendaan semata-mata. Semua yang mendakwa tokoh pemimpin Umno bermatalamatkan meraeh kekayaan atau sekurang-kurangnya menuju matalamat untuk mendapatkan ganjaran wang ringgit. Sebab itu mereka berlumba-lumba untuk menjadi pemimpin secara tidak halal, sebab ia mengandungi nilai kekayaan yang tinggi. Akibatnya moral (akhlak) dan nilai ketaqwaan masarakat Malayu Islam dibawah pimpinan Umno sekarang telah menjunam kelembah yang hina. Hari ini Umno sudah tidak mendokong apa-apa matalamat perjuangan bangsa atau agama kecuali matalamat kebendaan wang ringgit semata-mata. Rakyat telah menyedari hakikat ini dan telah memperlihatkan menolaknya. Keputusan pilihantara umum yang ke 12 tahun lalu telah memperlihatkan buktinya. Umno menyedari ia sedang berhadapan gejala kehilangan kuasa memerentah Negara setelah (63) lebeh 50 tahun ia menempa kegagalan. Langkah awal yang kita nampak hari ini ialah Umno bertindak zalim semata-mata untuk mengekalkan kuasanya. Parti yang menjadi sainganya tidak dibebaskan menyampaikan dakwah atau penerangan kepada rakyat, ia mengunakan polis untuk mencegahnya. Radio dan TV kepunyaan Negara tidak memberi rtuang samasekali untuk parti yang tidak menyokong Umno. (sedangkan ia kepunyaan Negara bukan kepunyaan Umno) Surat khabar parti lain dilarang, tidak dibebaskan penerbitanya seperti surat khabar Umno. Pendeknya rakyat dipaksa menerima maklumat hanya daripada sumber yang dikuasai Umno sahaja. Pendeknya lunas demokrasi hampir dimatikan samasekali oleh Umno. Kalau tuntutan lunas demokrasi tidak mampu dipenohi oleh Umno. Tuntutan syari’at Islam tentu lebeh lagi jauh pangang dari api. Ternyata sekarang setelah 50 tahun memerentah negara tidak menampakan Umno berniat ikhlas untuk mengembalikan martabat Islam mengikut tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah. Buktinya sekarang kita nampak dengan jelas semua seruan-seruan pemimpin Umno supaya rakyat membaikki akhlak, kasih saying sesame saudara Islam, tengkatkan taqwa kepada Allah, dan menyeru supaya menghayati ajaran Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulallah saw. Semuanya itu bersifat retorik dan hyprokrit. Semata-mata untuk menunjukan konon mereka bertaqwa dan berakhlak mulia, tetapi hakikat sebenarnya akhlaknya adalah sebaliknya daripada yang diserukan kepada rakyat.. Tiada saorang pun pemimpin Umno menunjukan sifat waraq dan taqwa. Hakikat sebenarnya para pemimpin Umno sendiri ‘mempersetan’ seruan seperti itu tak pandang sebelah mata. Buktinya hingga hari ini tidak terjumpa saorang pun pemimpin Umno disemua perengkat yang menunjukan sifat mulia dan taqwa kepada Allah. Termasuk yang bergelar ustaz. Malah yang terdapat sebaliknya, terlibat dengan maksiat besar-besar. Ada yang terlibat rakan kongsi projek ternakan khinzir, pemegang saham pusat perjudian, skandal dengan prempuan. Malah ada yang telibat dengan kes jenayah pembunuhan. Penyelewengan, salah guna kuasa, dan rasuah sudah menjadi lumrah. Seluruh masarakat Umno tidak lagi memandang serious. Begitu juga projek-projek yang diberi nama ‘Islam’ seperti Bank Islam, Insuran Islam, Financial Islam dan sebagainya. Semuanya bersifat kormisil dan political, yang menghasilkan keuntungan wang ringgit semata-mata, tidak benar-benar memancarkan rokh Islam dan taqwa kepada Allah. Termasuk kegiatan tilawah dan musyabaqah Al-Quran yang nampak sangat cendrong kepada kegiatan publisiti murahan dengan memperalatkan kitab Allah. Semuanya tidak mememuhi tuntutan syarak samasekali kerana dasar pemerentahan tidak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Hanya satu yang memberi menafaat tarbiyah jangka panjang ialah penubuhan Universiti Islam Antarabangsa, (UIA) yang diusahakan oleh bekas TPM Dato Sri Anwar Ibrahim, samasa ia menjawat Timbalan Perdana Menteri. Yangmana batang tubuh Anwar telah dizalimi didera dan diseksa hampir meragut nyawanya dalam penjara selama 6 tahun, semata-mata kerana akibat sifat hasad dengki pucuk pimpinan Umno. Akhirnya ia dibebaskan oleh mahkamah didapati tidak bersalah setelah dipenjara selama 6 tahun. Perkara fasyad dan mungkar sedemikian itu mudah terjadi, kerana pemerentahan Umno tidak dipimpin oleh ulama pewaris Nabi, sebaliknya memusuhi ulama-ulama akhirat yang bertaraf warisatul-Anbiyak yang iltizam dengan perjuangan menegakkan As-Sunnah. Dengan terang-terang Umno menolak dasar Islam yang meletakan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber perundangan tertinggi Negara. Sebaliknya yang lebeh parah lagi telah dimaktubkan dalam perlembagaan Negara: ‘Mana-mana peraturan undang-undang walaupun dari Al-Quran yang bercangah dengan perlembagaan Negara adalah diangap terbatal dengan sendirinya’ Sedangkan perlembagaan Malaysia digubal oleh sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh penjajah diketuai oleh Lord Redd. Artinya Umno meletakan perlembagaan Negara mengatasi kitab Allah. Apakah ia tidak termasuk dalam cartegeri mensyirikan Allah.? Na’uzubillah. (64) Istihar Malaysia sebagai sebuah Negara Islam. Dengan keadaan begitu pun, pada tahun 2005 (kalau tak silap) kerajaan Umno telah bertindak mengistiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam. Ini dilakukan oleh Dr. Mahathir dalam satu perhimpunan parti Gerakkan yang dihadiri sama oleh president Gerakkan Lim Keng Yek. Pada hal lebeh kurang 3 bulam sebelum peristiharan itu, para pemimpin Umno terutamanya perdana menterinya sendiri mengecam keras pengunaan nama ‘Islam’ kepada parti politik. Ia ditujukan khusus kepada Parti Islam SeMalaysia (Pas) kerana mereka merasakan kebenaran mengunakan nama ‘Islam’ kepada Pas sangat merugikan politik Umno. Oleh itu mareka berusaha bersungguh-sungguh menghapuskan pengunaan nama ‘Islam’ sahingga dibawa usul kamajlis raja-raja supaya diharamkan secara rasmi mengunaan nama “Islam’. Umno telah gagal dalam usahanya mendapat sokongan majlis raja-raja, maka pengunaan nama Islam pun terus dibolehkan sahingga hari ini. Namun begitu selepas lebeh kurang 3 bulan Umno pula bertindak mengistiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam. Nah sekarang kita nampak dengan jelas bagaimana pemimpin Umno boleh bertukar pendirian secara drastic tanpa dengan sebarang hujah ilmiyah. Ini membuktikan bahawa pada Umno aspek ‘Islam atau tidak Islam’ hanya diukur atas dasar kepentingan politik dan ikonomi semata-mata. Dalil-dalil tuntutan syarak langsung tidak diambil endah oleh Umno. Ulama-ulama mereka pun terus membisu seribu bahasa dalam hal ini. Ini bertepatan dengan sabda Rasulallah saw yang dikatakan sebagai ulama Us-Syuk yang menjual agama dengan wang yang sedikit. Malah Rasulallah saw ada mendefinasikan sebagai ‘Syaitan bisu’. Bukti ini dikuatkan lagi dengan apa yang telah dilakukan oleh oucuk pimpinan Umno terhadap bekas TPM Dato’ Sri Anwar Ibrahim, yang merupakan satu konspirasi fitnah dan kezaliman yang teragong memecah rekod tamadun ummat maknusia dizaman morden seluruh dunia hari ini, semata-mata hanya didorong perasaan hasad dengki dan khianat pucuk pimpinan Umno terhadap Anwar Ibrahim. Yang akhirnya tidak didapati bersalah oleh mahkamah. Mari sama-sama kita renong secara serious; bagaimana mungkin saorang pemimpin sepereti Dr. Mahathir yang terlibat dengan konspirasi fitnah yang begitu buruk boleh diiktiraf sebagai pemimpin sebuah Negara Islam. Tentunya ia samasekali tertolak dari sudut hukum syarak. Tetapi dalam minda masarakat Umno boleh diterima individu serupa itu. Oleh sebab itu kita lihat peristiharan nagara Islam yang dibuat oleh Dr. Mahathir tidak memberikan apa-apa kesan kepada masarakat Islam, saolah-saolah telah lenyap begitu saja hari ini. Hakikatnya Umno menegakan yang mungkar dan mencegah yang ma’aruf. Sangat jelas ia semakin jauh dari rokh Islam yang sebenar. Walaupun saban hari maseh kedengaran program Islam di TV dan radio yang dikawal oleh Umno. Namun pada keseluruhanya moral dan akhlak ahli-ahli Umno terus jatuh menjuman. Ini kerana semua seruan Umno hanya bersifat retorik dan hyprokrit sedangkan pemimpin Umno tidak saorang pun yang menunjukan contoh taqwa kepada Allah, malah sebaliknya terlibat dengan macam-macan kemungkaran dan maksiat besar, bahkan ada yang sampai terlibat dengan jenayah pembunuhan. Patutkah kita sebagai jemaah dakwah yang mengajak kema’arufan melihat saja dengan berpeluk tubuh menunggu mereka semua mengikut program dakwah jemaah tabligh keluar 3 hari 40 hari dan 4 bulan.? (65) Sejak beberapa tahun sudah berkali-kali pucuk pimpinan Pas mengeluarkan kenyataan secara terbuka “Parti Pas rela dibubarkan untuk bergabung dengan Umno jika Umno benar-benar ikhlkas berhasrat mengangkat semula mertabat Islam dengan meletakan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber hukum tertinggi Negara”. Sungguh pun kenyataan itu saolah-olah bersifat politik, namun pada ketika tertentu kenyataan politik membawa implikasi yang sangat besar boleh memusnahkan jemaah sekira salah buat kenyataan. Tetapi apa yang kita nampak sahingga hari ini tiada sebarang respon dari Umno kerana kenyataan pemimpin Pas itu adalah benar-benar ikhlas demi semata-mata untuk kepentingan agama kerana Allah, maka Umno tidak dapat mengikplotasi mengambil sebarang faedah daripadanya. (yang terbaru pimpinan ulama Pas mengulanggi kenyataan ini beberapa bulan lepas. Rujuk akhbar Sinar 14.5.2009) Oleh yang demikian kita sudah tidak lagi boleh menerima sebarang alasan atau apa-apa hujah eksius (mengelakkan diri) daripada Umno setelah ia berpeluang memerentah Negara selama lebeh 50 tahun. Nilai maksiat dan mungkar bukan saja gagal dibendung bahkan sengaja digalakkan semata-mata kerana memelihara kepantingan politik Umno. Kita lihat sekarang tayangan film boliwood di Tv dibanyakan, program yang melekakan remaja di TV dan radio dibanyakkan. Unsur-unsur judi juga digalakan. Dan yang paling besar sekali perempuan Islam menyertai peraduan ratu cantik ditangkap oleh Dato’ Mufti Selangor pada tahun 1996 (kalau tak silap) dibawah undang-undang mencegah kemungkaran syara’iyah negeri Selangor yang telah diluluskan oleh dewan undangan negeri Selangor. Para pemimpin Umno pada ketika itu perengkat negari dan persekutuan bingkas, dengan lantang membela ratu cantik supaya jangan didakwa dalam mahkamah, dengan alasan menakutkan pelancong. Akhirnya ratu cantik Islam dibebaskan sementara Dato’ Mufti yang bertindak menangkap ditammatkan kotrak kerja sebelum tempuh tammat mengikut perjanjian. Sebenarnya dipecat. Oleh itu apakah lagi istilah yang sesuwai untuk tidakkan Umno itu kalau tidak menyanggah tuntutan syarak menegakkan yang mungkar dan mencegah yang ma’aruf. Sesuwai dengan firman Allah “Orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama. Mereka menyuruh membuat kemungkaran dan melarang berbuat kema’arufan, dan mereka bersifat kikir. Mereka telah lupa kepada Allah dan Allah telah lupa kepada mereka. Sesungguhnya si munafik itulah orang yang fasik” At-TAubah ayat 67. Kezaliman Umno boleh membawa kita keneraka jahanam apabila kita menyokongnya. “Sunguh berani anta menghukum penyokong Umno bakal menjadi penghuni neraka. Apa dalilnya.? Ana tau anta orang kuat Pas. Tapi kalau cakap hendaklah jaga jangan ikut sedap mulut saja. Apakah anta yakin dengan bergiat aktif dalam Pas akan menjamin mendapat syurga, sedangkan memakmurkan misjid pun orang Pas tak mampu.” Demikianlah hujah saorang burzruk awalin yang k ami kenal pasti ia saorang penyokong kuat Umno, telah menyergah kami dengan suara lantang apabila kami memberanikan hati menegurnya. Kerana kami menyedari kegiatanya membesarkan Allah dalam jemaah tabligh adalah bercangah dengan dasar perjuangan Umno yang ‘mengecilkan Allah’ yang boleh mendorong kita keneraka jahanam diakhirat kelak. Pada perengkat mula kami agak gentar kerana takut sikap marahnya itu akan mengundang suasana perdebatan yang tegang dan sengit. Disamping akan menarik minat karkoon lain untuk mengikuti perdebatan kami sedangkan kami masih berhajat merahsiakan risalah kami. Dalam suasana yang serba salah itu, kami berdo’a minta kekuatan dari Allah memberikan semangat untuk terus menyampaikan yang haq (berdakwah) walau pun berdepan dengan audiun yang ramai Sebab kalau kami berundur menyerah kalah, artinya kami kecundang dalam menyampaikan yang haq. Jemaah tablighlah juga yang mendidik kami supaya istiqamah berpegang semangat seperti itu. (66) Maka kami pun memulakan penjelasan dengan dihadhiri oleh beberapa karkoon lain yang perihatin dengan hujah kami. “Kami dengan segala rendah hati meminta tuan-tuan semua bertenang mengikuti penjelasan kami. Selepas ini akan kami beri peluang tuan-tuan bertanyakan soalan. Lapangkan dada, agar supaya kita semua tidak dipengaruhi oleh nafsu”. Tuan-tuan semua tentu sedia maklum kegiatan utama jemaah kita tabligh ialah mentarbiyah seluruh ummat Islam supaya membesarkan Allah dengan artikata yang sebenarnya. ‘Membesarkan Allah’ artinya segala nilai tarbiyah dan perentah Allah dan RasulNya kita letakan ditengkat paling teratas sekali dalam minda dan semangat kita. Samada dari segi amal perbuatan dan penghayatan. Contohnya jemaah kita meletakan dakwah dan menjaga solat fardhu berjemaah dimasjid adalah fardhu ‘ain kepada setiap individu muslimin. Yaitu tuntutan paling teratas dalam ibadah routin kita. Inilah sebenarnya pokok utama kekuatan jemaah kita yang tak terdapat pada jemaah lain. Walaupun terdapat khilaf antara ulama mazhab ada yang mengatakan solat berjemaah dimasjid fardhu kifayah atau sunnat. Ini tidak berarti kita menolak ulama, tetapi kerana kita meletakan perentah Allah dan Rasul ditengkat paling atas sekali dalam minda kita, kerana hukum yang jelas dari Allah dan RasulNya ialah ‘Fardhu ‘ain’. Kita membesarkan Allah dalam aspek dakwah dan menjaga solat, sejak mula kita menyertai program ‘keluar’ bersama jemaah. Tetapi ternyata ‘membesarkan Allah’ dalam aspek politik, aspek social, dan ikonomi masih belum mampu kita laksanakan. Walau bagaimana pun kami mengatakan starting (peremulaan) jemaah kita mengamalkan konsep membersarkan Allah adalah tepat mengikut piawaian As-Sunnah. Selanjutnya wajiblah bagi jemah kita mendaulatkan seluruh syari’at Allah dalam aspek politik, social dan ikonomi sebagai peraturan Negara demi untuk menyempurnakan konsep ‘membesarkan Allah’ sebagaimana dicontohkan oleh Rasulallah saw semasa memerentah Negara Islam Madinah dan Makkah. Contohnya menguatkuasakan hukum hudud, memotong tangan pencuri, menghapuskan amalan riba’ dan sebagainya, kerana ia juga termasok aspek membesarkan Allah kerana terdapat perentahNya yang qott’ei. Tentunya haram bagi seluruh ummat Islam mengikut unang-undang peraturan kafir sedangkan peraturan dari Allah dan RasulNya kita ketepikan. Yang mampu melaksanakanya pada hari ini tentulah kerajaan yang berkuasa memerentah Negara. Malangnya kerajaan Umno hari ini ternyata ingkar atau engan membesarkan hukum Allah setelah lebeh 50 tahun memerentah Negara. Itu bab yang pertama. Bab yang kedua. Menyokong Umno berarti kita kita melibatkan diri secara langsung dengan perbuatan zalim yang sangat dimurkai Allah. Firman Allah “Dan janganlah kamu cendrong kepada sebarang kezaliman, kelak kamu akan disambar api neraka” Surah Huud ayat 116. Buktinya kerajaan Umno BN menguna pakai undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Undang-undang ini memberi kuasa pemimpin tertinggi kerajaan Umno menjatuhkan hukum penjara sekurang-kurangnya dua tahun atau lebeh kepada sesiapa dengan tuduhan yang mereka cipta sendiri, TANPA perlu dibuktikan kesalahanya menerusi proses perbicaraan mahkamah. Dari aspek hak asasi kemaknusiaan, samada dipandang dari sudut Islam atau masarakat antarabangsa dizaman tamadun maknusia moden hari ini, tidak ada saorang pun individu , walau setinggi mana taraf kedudokanaya dalam pemerentahan mana-mana negara diseluruh dunia ini yang layak diberi hak menjatuhkan hukum keatas orang lain. Yang berhak menjatuhkan hukum hanyalah penal hakim yang membicarakan sesuatu kes dan telah terbukti kesalahanya. (67) Undang-undang seperti ISA hanya wujud ditiga buah Negara diseluruh dunia, yaitu Malaysia, Singapore dan Israel. Dizaman Nabi Rasulallah saw pernah menjatuhkan hukum hudud kepada saorang pencuri, yaitu berlaku sebelum istitiusi mahkamah syara’iah diwujudkan kerana Nabi yang sifatnya sebagai ‘Pesuruh Allah’ pada zaman permulaan Islam beliau mengetuai seluruh cabang intitiusi pemerentahan Islam, termasuk sebagai hakim. Selepas diwujudkan institiusi kehakiman dan mahkamah, maka dizaman sahabat Kalifatu-Rasyidin tidak lagi wujud individu yang berhak menjatuhkan hukum kecuali hakim mahkamah setelah membicarakan sesuatu kes. Oleh itu tidak terdapat apa-apa istilah yang secocok diguna pakai untuk undang–undang ISA ini kerciali KEZALIMAN yang sangat nyata dan terang dimana Allah sangat murka terhadap perbuatan zalim sesama makhluk maknusia. Rasulallah saw pernah bersabda. “Tidak ada hinjap (penghalang) daripada didengar Allah doa-doa orang-orang yang dizalimi (walaupun ia bukan dari orang Islam) Hadis riwayat Al-Baihaki. Oleh yang demikian apabila kita menyokong Umno artinya kita setuju atau merestui dengan kezaliman yang dilakukan oleh Umno. Oleh itu mengikut keterangan firman dan hadis tersebut diatas kita tidak akan selamat dari api neraka. Sebab itu pada awal tahun 2009 saorang menteri Umno bernama Dato’ Zaid Ibrahim yang dipertangung-jawabkan hal-ehwal kehakiman telah meletakan jawatan dan keluar meningalkan Umno setelah menerima nasihat pemimpin Pas. Semata-mata ia tidak sangup disambar api neraka kerana bersubahat dengan kezaliman Umno. Bab ketiga. Persoalan adakah terjamin mendapat syurga apabila kita aktif menyokong Pas ?. Jawapan dari persoalan ini hendaklah kita paham bahawa ‘Pas’ adalah sebuah jemaah yang ditubuhkan atas motif menangani urusan politik ummat Islam. Yaitu untuk mendaulatkan seluruh hukum syari’at Allah dengan artikata ‘mambesarkan Allah’ dari aspek politik, social, dan ikonomi. Sebagaimana disebut dalam Bab satu, adalah menjadi kewajipan orang beriman membesarkan Allah dalam semua aspek. Daripada aspek dakwah dan menjaga solat yang ditangani oleh jemaah kita sendiri hinggalah aspek memerentah Negara. Firman Allah: “Adakah kamu beriman sebahagian daripada kitab dan kufur kepada sebahagian yang lain, tidak ada balasan baik diakhirat kelak melainkan kehinaan yang ditimpakan Allah. Sesungguhnya azab Allah adalah tersangat pedih” Surah Al-Baqarah 85. Begitulah hakikatnya peranan Pas pada sudut syarak, ia jelas walaupun tidak memulakanya dengan usaha dakwah. Tegasnya Allah memerentahkan orang beriman membesarkan Allah dalam seluruh aspek kehidupan maknusia sesuwai dengan konsep penutup ‘keRasulan’ diakhir zaman ini. Jika kita gugurkan salah satu daripadanya artinya kita membesarkan Allah pada satu aspek dan memperkecil atau memper leceh Allah pada aspek yang lain. Oleh sebab itu jika kita jemaah tabligh tidak menyokong perjuangan Pas, artinya tidak cukup syarat kita untuk mendapat syurga Allah. Begitu juga sebaliknya jika individu Pas menolak usaha jemaah tabligh menegakan ma’aruf perengkat asas (mengajak tauheed kepada Allah) Ia juga akan kehilangan peluang mendapat syurga. Namun sekadar kurang sempurna syarat untuk mendapatkan syurga ‘mungkin’ agak rengan sedikit berbanding dengan kita bertindak menjadi pendokong atau penyokong Umno yang memang dasar perjuanganya memperlecehkan Allah. Sudahlah syarat kita untuk syurga tidak sempurna terlibat pula kita dengan maksiat besar memperlecehkan Allah dan brsubahat dengan kezaliman Umno.. Tentunya bertambahlah jauh kita untuk mecium bau syurga. Na’uzubillah. Sampai katahap kami berhentikan hujah, dan memberi peluang kepada sesiapa yang hendak bertanya. Karkoon yang menghardik kami tadi lantas berkata: “Ana akan lapurkan hujjah anta kepada ustaz (kami lupa namanya. Ia saorang tokoh pimpinan jemaah tabligh yang agak veteran) bersediakah anta berdepan denganya.? Insyak-Allah semoga kita semua dirahmati Allah untuk mencari kebenaran kami bersedia pada bila-bila masa semata-mata kerana agama Allah. Sahingga hari ini karkoon berkenaan tidak pernah lagi kami jumpa. Khabarnya ia berpindah ka Johor. (68) ‘Islam’ diletakan dibawah perentah oleh Umno. Mengikut cita-cita Umno yang tersirat, mereka hendak mengatur Islam sesuai dengan keadaan zaman dan keperluan dunia mereka hari ini. Mana-mana nilai ajaran agama yang lazim dengan kehidupan, mereka amalkan seperti adat budaya. Manakala yang bertentangan dengan kegemaran nafsu dan memerlukan pengorbanan, mereka tinggalkan samasekali. Cara memertabatkan Islam ialah dengan memberi taraf ‘Agama Rasmi Negara’ dalam perlembagaan. Hukum-hukum wahyu tidak perlu diambil hirau. Sebab itu mereka mengemukakan konsep ‘Islam Hadhari’. Sebenarnya meraka tidak pernah mengistiharkan demikian secara umum, tetapi pengalaman selama 50 tahun memerentah, orang beriman mampu menilai apa yang tersirat. Kami bersetuju dengan pandangan jemaah tabligh bahawa mereka ini (tokoh pimpinan Umno) boleh berubah menerima Islam yang syumul apabila ia menerima cahaya ‘iman’ yang betul menerusi hidayah petunjuk Allah. Namun kenyataanya setelah jemaah kita berusaha berpuluh-puluh tahun tidak saorang pun dapat ditasykil 3 hari. Kalau ada pun mereka yang sudah bersara tidak lagi memegang sebarang kuasa. Pehak kami merasa putus asa kerana dalil sirah Rasulallah saw tidak menunjukan contoh terus-menerus berdakwah dan berdo’a secara rahsia dalam menghadapi pehak berkuasa yang ingkar sebagaimana kita lakukan hari ini. Rasulallah saw dan para sahabatnya bersuara tegas memberi peringatan dan amaran kepada golongan ini setelah dakwah disampaikan kepada mereka, tidak terus-menerus bertindak membisukan mulut dan memekakan telinga sebagaimana kita hari ini. Artinya selama ini jemaah kita bertindak tidak secocok dengan contoh As-Sunnah. Alasan kita tidak mampu kerana jemaah kita tidak mempunyai kuasa politik (memerentah Negara) sebagaimana para sahabat nabi. Itu menunjukan kita wajib membesarkan Allah dalam aspek politik disamping aspek dakwah. Berbanding dengan cita-cita perjuangan jemaah kita tabligh dan Pas. Kita mendokong cita-cita seluruh ummat Islam hendaklah tunduk patuh (Membesarkan Allah) mengikut peraturan Islam pada seluruh aspek kehidupan daripada setiap individu, masarakat, dan Negara. Hendaklah ‘Islam’ keseluruhanya, justeru kita benar-benar beriman bahawa syari’at Islam yang diturunkan Allah adalah menyelamat yang hakiki dunia dan akhirat yang abadi. Firman Allah: “Hendaklah kamu masuk kedalam Islam keseluruhanya…………….Al-Baqarah 208. Kita yakin cara mempertabatkan semula Islam hendaklah bermula dengan menitikberatkan amalan As-Sunnah, bermula dengan usaha dakwah asasi demi mempertingkatkan ‘iman dan amal’ ummat Islam, khususnya dalam hal menjaga solat fardhu dan persaudaraan muslimin keseluruhanya. Seterusnya mendaulatkan sekuruh syari’at Islam menerusi aspek politik demi kesejahteraan hakiki ummat Islam dalam sebuah Negara yang bebas merdeka dan mendapat keredhaan Allah dengan artikata yang sebenarnya. “Baldattun-Toyibbattun-Warobbun-Ghaffur” Oleh itu diantara kewajipan tangung jawab ahli-ahli Pas dan tabligh sekarang ialah menyampaikan peringatan kepada masarakat akan hakikat perbezaan cita-cita perjuangan yang didokong oleh Umno dengan cita-cita perjuangan jemaah kita Pas dan Tabligh. Ini adalah penting kerana jika rakyat tidak paham hakikatnya ia akan terus terikut jalan sesat yang dibawa oleh Umno. Tentunya akan berdepan dengan risiko. Soal risiko memang tidak dapat dielakan. Apa-apa jua jenis perjuangan walaupin perjuangan menegakan kemungkaran, apatah lagi perjuangan menegakkan kebenaran yang dibawa oleh Rasulallah. Lihat sendiri risiko yang ditanggung oleh Rasulallah sejak mula ia menyampaikan kalimah tauheed dikalangan qaumnya sendiri di Makkah. Oleh sebab itu kalau hari ini kita ingin bebas dari risiko, lebeh baik kita undur jangan mendakwa diri kita sebagai pendakwah penegak warisan Rasulallah saw. (69) Sudah sangat jelas Umno hendak mengatur Islam mengikut seleranya sendiri, samasekali BUKAN hendak mematuhi Islam. Oleh itu sesungguhnya orang Islam yang redha dengan cara pendekatan Umno adalah haram. Lihat firman dibawaah ini: “Adakah kamu mencari hukum selain daripada Allah, padahal Dialah yang menurunkan kitab kepada mu dengan terperinci. Mereka tahu Al-Quran itu daripada Allah, maka janganlah kamu menjadi orang-orang yang rugi” Surah Al-Annam 114. Selama ini Umno samasekali tidak menghormati kebesaran hukum Allah, malahan sebaliknya ia bertindak menakutkan sekutu-sekutunya yang bukan Islam dengan hukum Allah. Tugas kewajipan inilah yang nampaknya semacam perbuatan kutuk-mengutuk atau cerca- mencerca, padahal ia adalah satu kewajipan kepada para ulama dan para da’ei. Lihat apa yang telah dilakukan oleh ulama dizaman Hajaj Yusuf As-Syakafi menjadi Gabnur di Kuffah yang terkenal zalimnya dalam sejarah. Ulama pada waktu itu berani mengeluarkan fatwa yang menyingung secara langsung peribadi Hajaj. Apakah syarak menghukum perbuatan ulama itu sebagai mengutuk Gabnur. ? Dan apakah fatwanya itu bercangah dengan hukum syarak.? Lihat sabda Rasulallah saw ini: “Berkata benarlah kamu kepada pemerentah yang zalim, jika kamu mati dibunuh selepas itu, kamu akan dibangkitkan bersama Hamzah penghulu kepada sekelian syuhadak” Hadis riwayat At-Tabbrani. Mengapa ulama dizaman itu tidak bertindak seperti ulama jemaah kita dizaman ini: Bisukan mulut jangan tegur mereka secara terbuka, do’akan saja agar Hajaj mendapat hidayah Allah. Dan apakah yang kami tulis mendedahkan kebathilan dan kemungkaran ini juga diangap sebagai mengutuk.? Siapakah pemimpin dan ahli Umno sebenarnya. Diperengkat ini timbul satu persoalan: Apakah wajar semua ahli Umno di cartergerikan sebagai orang yang bertangung jawab menyelewengkan Islam.? Pada kami golongan penyelidik dengan tegas memberikan jawapan, TIDAK. Ini kerana didapati ramai ahli Umno yang hanya terpengaruh dengan propaganda media massa kepunyaan Umno tanpa dengan kepahaman politik yang betul. Apatah lagi apabila pucuk pimpinan mereka menjadikan Umno sebagai tempat mengejar kebendaan dunia semata-mata, maka semua yang menjadi ahli Umno motif untuk mengejar paluang kebendaan yang kononya mudah dapat memohon itu dan ini dari kerajaan. Sahingga ada yang nampaknya sudah terseleweng aqidah dengan pahaman: ‘Tanpa Umno mereka merasa tidak akan mendapat razeki’. Na’uzubillah. Yang benar-benar boleh dikartegerikan sebagai penyeleweng agama: Yang pertama ialah ulama’ Us-Syuk Umno yang akan membela dan memberi buah pikiran program kemungkaran Umno dipadankan dengan Islam. Yang kedua pemimpin tertinggi parti yang berkuasa menentukan dasar parti. Dan yang ketiga ialah penyokong yang bermati-matian mempertahankan kebathilan Umno, walaupun telah kalah hujah dan tiada fakta yang hendak dipertahankan. Umpamanya mengatakan “Rasuah mana boleh dihapuskan, dimana-mana diseluruh dunia ada rasuah”. Semua golongan ini, (penyeleweng agama) sentiasa merasa gerun hendak berdepan dengan ulama akhirat. Bilanganya tidaklah ramai sangat, tetapi oleh sebab mereka menguasai harta dan media massa Negara, mereka mampu menyesatkan sebelangan besar rakyat, hingga jemaah kita sendiri (tabligh) tidak mampu memberi paham tentang ‘politik’ kepada para karkoon secara menyeluruh kerana gerun dengan pengaruh politik Umno. Akibatnya ramai para karkoon yang hampir tersesat jalan khususnya dalam aspek politik. (70) Kita nampak dengan jelas dalam semua perengkat Umno sekarang ini tidak lagi wujud istilah yang dipangil ‘mendokong cita-cita perjuangan’ . Melainkan perjuangan kebendeaan untuk perut masing-masing. Sebab itu rasuah (politik wang) tidak mungkin dapat dibendung dalam Umno, kerana jawatan dalam Umno mempunyai nilai ringgit yang tinggi. Sebab itu pemimpin Umno sangup menyelewengkan Islam demi mengekalkan kuasa untuk terus dapat meraih peluang harta benda negara untuk dirinya. Begitu juga dengan kaum intelek dan ulama Umno, mereka semua sudah terikat dengan kepentingan kebendaan dunia, kerana memang itulah pun motif mereka menyertai Umno. Ulama jenis ini disebut oleh Rasulallah saw sebagai ulama Us-Syuk yang menjual agama dengan wang yang sedikit. Dengan adanya habuan diberi oleh kerajaan Umno, mereka akan mencari hujah-hujah menghalalkan apa yang diinginkan oleh Umno walau pun telah terang-terang haram. Umpamanya industri arak dan judi yang ditaja oleh Umno, ulama mereka semua membisu, tetapi mereka akan buat riuh rendah apabila diminta oleh pemimpin Umno dalam satu-satu isu tertentu yang menguntungkan Umno walaupun terpaksa menyelewengjkan hukum syarak. Umpamanya menulis rencana yang rambut bukan aurat perempuan yang wajib ditutup. (artikel oleh Astora Jabat dalam akhbar Umnao) Oleh sebab itu ulama Umno tidak pernah. Sekali lagi kami katakan TIDAK PERNAH berani berhujah secara formal berdepan dengan ulama Pas. Setiap program yang pernah diatur samada, muzakarah, debat atau atas nama apa pun tidak pernah menjadi kenyataan. Sejak awal tahun 80han sudah acap kali usaha dibuat dari berbagai pehak mempertemukan kedua-dua ulama secara formal, tetapi tidak pernah berjaya, kerana disaat akhir Umno sentiasa mencari helah alasan untuk membatalkanya. Ini kerana mereka menyedari, dari segi hujah mereka pasti akan kecundang dan akan menangung malu besar. Akibatnya menghakis kepercayaan seluruh masarakat Melayu kepada Umno. Jemaah khawas dibentuk untuk menegur kemungkaran pemimpin kerajaan. Dalam hal kerja mencegah kemungkaran Umno, para burzruk memahamkan kami bahawa markas Sri Petaling telah pun membentuk jemaah Khawas khusus untuk dihantar menziarahi para pemimpin kerajaan Umno menegur tentang kemungkaran dan kezalimanya disamping tak lupa tasykil 3 hari. Namun kami belum pernah berpuas hati cara pendekatan jemaah khawas secara sulit itu sebagai sudah memenuhi tuntutan syarak menegur dan mencegah kemungkaran dizaman ini. Kerana mereka pehak yang berkuasa mengunakan media massa yang canggih untuk mempromosikan kebaikkan mereka, dalam usaha menutup kemungkaran mereka, menyebabkan rakyat mudah terpengaruh kajalan sesat. Apakah perbuatan mungkar oleh Umno yang begitu terbuka dan canggih hanya hendak ditegur secara sulit dan berahsia.?. Begitu juga Tabligh sebuah jemaah dakwah bertaraf International telah begerak dilebeh 200 buah Negara diseluruh dunia selama hampir 100 tahun hanya nak menegur kemungkaran dan kezaliman cara sulit dan berbisik-bisik. Kalau begitu bagaimana rakyat yang jahil dapat mengenal pasti dan mengelakan diri dari terjerumus kepada jalan kesesatan jika tidak ada pendedahan secara terbuka.? Ini kerana jemaah kita (tabligh) menyamakan cara menegur sebuah kerajaan zalim sama seperti menegur saorang individu angota mesarakat Islam yang membuat dosa secara sulit dikampung-kampung. Tentunya ia sungguh tidak masuk akal. Memang terdapat sabda Rasulallah saw yang mahfumnya: “Barangsiapa bertindak menyembunyikan ke’aiban saorang Islam, Allah akan sembunyikan ke’aiban dirinya didunia dan akhirat” Hadis riwayat Imam Muslim dan Abu Daud dari buku Fadhilat Tabligh. Hadis ini jelas untuk individu angota masarakat orang beriman, bukan untuk institiusi kerjaan yang memerentah secara zalim. (71) Lagi pun tidak boleh diterima akal samasekali kita hendak menyembunyikan kemungkaran pemimpin kerajaan yang zalim, sedangkan mereka sendiri berbuat zalim dan fasik secara terdedah terang-terangan diketahui oleh seluruh rakyat. Hanya orang-orang yang tak mau membuka mata dan telinga serta akal fikiran yang dikurnia Allah yang tak paham kerana dipengaruhi oleh propaganda media massa mereka dengan cara memutar belit kenyataan dan menutupi kejelekan yang mereka lakukan. Umpamanya meraka mengutuk dengan keras perbuatan rasuah dan menyelewengan kuasa, tetapi hakikat sebenarnya merekalah jaguh pengamal rasuah dan penyelewengan kuasa. Dengan cara itu mereka membena imej dimata masarakat jahiliyah kononya ia putih bersih. Oleh sebab itu memang terdapat sebuah hadis Rasulallah saw: “Adakah kamu mencegah dari menyebut orang fasik.? Bukakanlah halnya sahigga diketahui oleh maknusia. Sebutkan apa yang ada padanya (supaya tidak mengelirukan orang ramai) Hadis riwayast At-Tabbrani dan Ibnu Hiban. Dari kitab Ihya’ Ulumuddin jilid 4 oleh Imam Ghazali. Ada sumber yang mengatakan hadis ini lemah. Namun kami anjurkan supaya kita sama-sama renung dan bayangkan apa akan jadi kepada rakyat apabila pemimpin fasik terus-terus berjaya menyembunyikan kemungkaran dan kezalimanya dari pengetahuan rakyat. Tentu agama dan rakyat yang menjadi mangsa kemusnahan. Tentunya ia akan terus merasa selamat untuk meneruskan kezalimanya. Inilah yang terjadi kepada negera kita Malaysia sekarang. Yang menjadi mangsa kerosakan ialah agama dan ummat. Oleh itu sewajarnyalah kalau Rasulallah ada bersabda seperti yang dinukilkan oleh Imam Ghazali diatas tadi. Dalil ini dikuatkan pula oleh tindakan ulama dizaman Hajaj Yusuf As-Syakafi, Gabnur yang terkenal zalim tercatat dalam sejarah, setiap ulama yang menyangah pendapatnya jarang yang lepas dari mangsa pembunuhanya. Apakah ulama yang menegurnya tidak terpikir tentang menyingung perasaan mendedahkan ke’aiban dan merendahkan maruah Gabnur serta mebahayakan nyawanya sendiri.? Tentunya ulama berkenaan merasa lebeh bertangung jawab memenuhi tuntutan syarak daripada hendak membodek kalifah atau gabnur yang zalim walaupun membahayakan nyawanya sendiri, kerana Allah ada berfirman: “Dan janganlah kamu cenderong kepada orang yang zalim yang menyebabkan kamu akan disambar api neraka. Dan sekali-kali kamu tidak mempunyai perlindungan selain Allah……..Surah Hudd 113. Dalil ini dikuatkan lagi dengan Hadis yang sudah termasyhur: “Hendaklah kamu berkata benar kepada pemerentah yang zalim………………… Fakta ini dikuatkan lagi dengan dalil dua hadis yang berikut dibawah ini: “Apabila pemerentah kamu melakukan kemungkaran secara terang-terngan hendaklah kamu para alim ulama menzahirkan sikap kepada umum (supaya menjadi penduan orang ramai) Jika tidak kamu akan dikutuk Allah dan RasulNya, para malaikat, dan juga dikutuk oleh orang-orang beriman. Hadis riwayat Ar-Rabbiq. Sebuah lagi hadis: “Akan tiba diakhir zaman nanti para pemerentah kamu suka bercakap bohong dan melakukan kezaliman secara terang-terangan. Barang siapa diantara kamu membenarkan kebohonganya dan menyokong kezalimanya yang menyebabkan ia selesa meningkatkan kezalimanya. Maka engkau bukan ummatku dan aku bukan nabimu”. Hadis riwayat At-Tarmizi, Al-Hakim dan An-Nassie. Oleh sebab itu soal kutuk-mengutuk, soal mendedahkan ‘aib sesama Islam samasekali tidak timbul dalam kontek pertembungan antara Pas dengan Umno. Ini kerana sudah sangat jelas sifat Umno berhasrat memerentah Islam dibawah tapak kakinya. Ia mengubah suwai Islam mengikut selera kepentinganya. Sebab itu sahingga hari ini tidak terdapat saorang pun bukti yang pemimpin Umno benar-benar taqwa dan ikhlas hendak mematuhi hukum Islam. (72) Tuntutan agama (takaza) sentiasa meningkat dari masa kasemasa. Oleh sebab selama ini seluruh kegiatan Usaha atas Iman dan Amal (UAIA) difokuskan kepada tuntutan dakwah, keperluan keluar 3 hari 40 hari dan 4 bulan, maka tidaklah hairan apabila sampai ketika dizaman yang sangat mencabar ‘dakwah’ sebagaimana hari ini, timbul satu perasaan was-was semacam bingung dan tidak paham. Bagaimana hendak berdepan dengan keadaan masarakat maknusia yang sangat complex. Wujudnya golongan masarakat Islam yang ada kuasa memerentah Negara, Ulama Us-Syuk, teknologi maklumat yang cangih, yang semuanya tiada contoh dalam As-Sunnah. Ini yang jemaah tabligh alami sekarang. Oleh sebab tiada contoh banyak terjadi khilaf antara pemimpin, maka ramai karkoon yang mengikut pendapatnya sendiri. Akibatnya timbulkan konsep ‘Allah belum beri paham hakikat dakwah Rasulallah kepada kita’ Pada hari ini, hakikat tuntutan agama sebenarnya bukanlah sekadar memenuhi keperluan ‘Keluar’ berdakawah 3hari 40hari dan sebagainya. Kerana pada hakikatnya ‘keluar berdakwah’ itu hanyalah sebagai program latihan untuk menjelmakan iman. Ia memang sangat penting, tetapi tidak mungkin jemaah Tabligh diwujudkan hanya semata-mata untuk tujuan memberi latihan. Saolah-olah jemaah tabligh samasekali tidak memikul tangungjawab kepada angota jemaah yang sudah mendapat latihan. Sedangkan amanah Allah yang kita pikul ialah menyempurnakan Islam keseluruhanya sebagaimana contoh As-Sunnah. Inilah sebenarnya hakikat tuntutan yang sangat besar tersergam dihadapan kita hari ini. Malangnya tak dapat dipahami hakikatnya oleh kebanyakan para karkoon kerana sekop tarbiyah kepahaman kita sengaja dipersempit kerana mengelak dari risiko politik. Masaalah kepahaman konsep dakwah sebenarnya dapat diselesaikan apabila kita bawa merujuk kepada tertib perjalanan As-Sunnah yang kita jadikan standard kayu ukur As-Sunnah sebagaimana yang kami bentangkan dalam bab satu. Tuntutan yang sedang mencabar dihadapan kita sekarang ialah meningkatkan keperluan dakwah, menjaga solat dan seterusnya kepada ‘politik’. Dan seterusnya kepada jihad, JIKA keadaan memaksa. Samada dizaman kita terpaksa melancarkan ‘jihad’ atau tidak adalah bergantung kepada natijah politik. Jika ‘politik’ belum dilalui tidak mungkin akan menjangkau kepada jihad. Ini adalah piawaian As-Sunnah yang telah diwujudkan Allah, yang tidak mungkin berubah sampai hari qiamat. Hari ini kita berdepan dengan tuntutan ‘politik’ sebenarnya. Hendaklah segera bersihkan minda kita daripada unsur nak lari dari politik, kerana itu tidak berpijak dibumi nyata. Oleh itu jika kita sengaja lari mengelakkan diri dari tuntutan takaza yang sebenarnya, bertempiklah kita setiap jam setiap minit, menekankan tentang nilai iman dan usaha atas iman dan amal sampai berbuih mulut. Iman kita tidak akan sampai kemana-mana, seinci pun tidak akan ada peningkatan. Buktinya cuba kita muhasabah sendiri jemaah kita yang sudah buat usaha atas iman dan amal hampir 100 tahun, hingga sekarang masih belum mampu mencegah kemungkaran dengan lidah, apatah lagi dengan tangan masih jauh pangang dari api. Setiap kali dikumandangkan iklan sebelum bayan dimana-mana karkoon menyebut perkataan yang sama: “Kejayaan setiap maknusia adalah dalam agama sejauh mana kita dapat mengamalkan agama mengikut ajaran Sunnah Rasulallah saw ………………….. Perkataan agama itu adalah umum kerana selain Islam juga digrelar agama, termasuk Hindu, Budha juga adalah jenis agama. Mengapa kita tidak mampu gunakan perkataan Islam. Kita sebut: “Kejayaan setiap maknusia adalah dalam Islam….. Sedangkan dalam firman terang-terang disebutkan ‘Innaa-deenna-Indallah-hil-Islam’ Surah Al-Imran ayat 19. (73) Tetekala kami mengesyurkan supaya perkataan ‘agama’ ditukar yang lebeh khusus yaitu ‘Islam’ Burzruk yang berkenaan menjelaskan kepada kami: “Tidak menjadi sebarang masaalah gunakan perkataan ‘agama’ sebab apabila kita sebut ‘agama’ dalam masjid semua orang tentu paham yang maksudkan ialah ‘agama Islam’ Kami pun menjawab: Benar!... kami tidak pernah sedikit pun merasa was-was tentang kepahaman orang ramai terhadap perkataan ‘agama’. Namun apakah cacat celanya pada syarak atau pada adat apabila kita gunakan kalimah yang sama disebut Allah dalam fiman Al-Quran.? Kami yakin tuan sendiri setuju kalau kami katakan lebeh baik gunakan kalimah Islam kerana ia datang langsung daripada Allah. Apa yang menyebabkan jemaah kita merasa keberatan.? Sebenarnya kami sendiri tahu jawapanya: “Guna perkataan ‘Islam’ menyamai nama parti Islam Pas. Maka oleh sebab jemaah kita gerun kepada Umno, takut menyingung hati orang Umno, maka kita ketepikan kalimah Islam. Wajarkah jemaah kita yang sudah buat usaha atas iman dan amal selama hampir 100 tahun diserata dunia menjadikan kalimah ‘Islam’ sebagai perkataan yang terlarang dalam jemaah kita.?. Risiko yang sebegitu kecil pun jemaah kita belum mampu mendepaninya. Layakah kita bercakap tentang ‘Jihad’. Mana peningkatan iman yang kita dapat setelah 100 tahun kita usahakanya. Ini kerana tarbiyah kepahaman kita terlalu sempit kerana terlalu takut menyentuh politik. Percubaan syatan hendak menyesatkan kami. Pada suatu hari tengah malam sunyi, ketika kami sedang merenong mencari-cari ilham untuk menyiapkan risalah ini. Dengan tidak seman-mena melonjak emosi kami menguasai perasaan dan pemikiran kami: ‘Jemaah tabligh adalah sebuah jemaah dakwah yang terunggul diseluruh dunia tiada tolok bandingnya. Sudah berpuluh ribu maknusia diserata dunia mendekatkan diri atau masuk Islam lantaran usaha dakwah jemaah tablgih sejak hampir 100 tahun. Pada penghujungnya sekarang kita nak terima rumusan atau cadangan dari luar jemaah …………OOOhhhh…….Tidak…….Tidak…….Tidak. Itu tidak mungkin samasekali. Kita tidak sebegitu bodoh untuk menerima cadangan mereka. Mereka yang selama ini memandang Tabligh dengan sebelah mata. Saolah-olah mereka tidak mengiktiraf peranan jemaah tabligh. Dan sekarang kita pula diajak menerima rumusan mereka. Apa yang mereka tahu tentang ‘dakwah’ ? Berapa ramai jemaah mereka sudah mengIslamkan orang kafir. Mana kelayakan mereka nak bercakap tentang ‘dakwah. Lebih-lebah lagi nak menasihatkan kita…….Ini perkara mustahil. Tidak semudah itu mereka hendak mempermain-mainkan kita, mereka kira kita bodoh semacam mereka. Sedang begitu asyik dengan penoh emosi kami berkhayal, tiba-tiba kami tersentak semacam terdengar suara orang memangil nama kami dari luar rumah, sedangkan waktu itu tengah malam sunyi tiada kedengaran sebarang gerak suara samada kenderaan atau suara orang bercakap. Jiran sekeliling semuanya sedang tidur nyenyak dibuai mimpi………………………Kami pun bangun membuka tingkap melihat sekeliling. Suasana sepi sunyi tiada kedengaran apa pun bahkan angin spoi bahasa pun tiada. Kami pun mengucap istighfar beberapa kali. Selepas itu Subhanallah……………dan Al-kahamdhulillah……Rupanya kami telah disedarkan oleh malaikat bahawa kami sedang menerima hasutan dari iblis dan syaitan yang dilaknat Allah. Sebentar tadi kami telah merasa begitu megah dan sombong: ‘Kamilah orang peling senior dalam ‘dahwah’ diseluruh dunia. Kamilah orang yang paling paham dan paling alim dalam dakwah. Orang lain semua taraf bawah kami belaka. Tiada saorang pun (74) layak menegur apatah lagi menasihati kami. Betapa kami merasa terhina menerima pandangan dari luar jemaah kita’……….Sekarang sangat jelas rasanya emosi itu adalah sebenarnya bisikan dari syaitan yang berusaha menungangi tengkuk dan nafsu kami. Dan kalau kami tunduk mengikut bisikan itu, pasti kami menuju jalan sesat. Dan kalau jemaah kita yang terikut, jemaah kita juga akhirnya akan dimusnahkan Allah. Dengan penuh tawadhuk, mari sama-sama kita menyimaknya. Jika kita menerima rumusan, cadangan, teguran, atau nasihat dari luar jemaah, demi semata-mata untuk kepentingan agama Allah, apakah kita akan mendapat aib atau derjat kita merosot disisi Allah.? Atau pun fadhilat yang disediakan untuk kita berkurangan. ? Jawapanya tentu TIDAK. Hanya perasaan silu dan rendah martabat begitu kuat menekan yang hanya dapat dikalahkan dengan ‘Iman’ yang sangat memandang tinggi dan mementingkan kesatuan dan persaudaraan antara sesama jemaah Islam yang solid sama-sama menuju keredhaan Allah. yang hakiki. Apa patut dibuat untuk menegakkan Islam secara syumul. (lengkap sempurna) Teruskan usaha dakwah asasi manyampaikan kalimah tauheed dengan keluar 3 hari 40 hari dan 4 bulan. Sunguh pun setengah kalangan jemaah Islam ada yang memperlekeh konsep ‘keluar 3 hari’ namun ia tidak perlu diambil hirau, sebab konsep ‘keluar 3 hari’ mengandongi unsur tarbiyah rohani yang kental yang tidak terdapat dalam jemaah lain. (kami pericikan dalam bab yang lain) Disamping berkorban untuk dakwah menyampaikan kalimah tauheed, hendaklah kita menegur kemungkaran secara langsung dengan tegas dan terang. Cara bersembunyi berbisik-bisik sudah tammat, sebab Rasulallah saw melakukan sedemikian hanya pada perengkat permulaan wahyu diturunkan, sedangkan dizaman ini wahyu sudah kengkap ditangan kita. Yang sangat penting ialah memberi kesedaran ummat Islam khususnya rakan sesama karkoon betapa perlunya wujud semangat untuk membentuk kehidupan dibawah peraturan Islam sepenohnya. Dari hal-hal kecil sahingga hal besar ‘memerentah negara’ sebab As-Sunnah yang ditarbiyahkan oleh Rasulallah kepada kita adalah lengkap sempurna dalam seluruh aspek kehidupan ummat. Hal ini tidak sukar dilakukan apabila sudah diizinkan oleh pucuk pimpinan ulama kita. Kami penoh yakin semua karkoon menyambut gembira bila kita ajak hidup dibawah peraturan syari’at Islam sepenohnya dalam sebuah Negara yang mendapat keredhaan Allah. Satu aspek lagi samgat penting disedari olah sleuruh ummt Islam ialah, kesyumulan Islam tidak mungkin dapat dicapai selagi negara diperentah oleh Umno, sebab memang sudah dikenal pasti budaya Umno hendak mengatur atau memerentah Islam, BUKANYA tunduk mematuhi Islam, sebab itu Umno mengubah suai Islam ditokok tambah mengikut seleranya, sebab itu mereka mewujudkan konsep ‘Islam Hadhari’ yang sudah terang bathilnya. Disini kita nampak kerja menyedarkan ummat Islam dari aspek politik akan menguntungkan Pas. Tapi haruslah kita sedari bahawa ia adalah satu natijah yang diredhai Allah justeru kedua-dua jemaah mendokong cita-cita agama yang sama demi semata-mata menyempurnakan amanah Allah. Bukan untuk faedah kepentingan mana-mana individu tertentu samada dalam Pas atau jemaah Tabligh melainkan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah dibawah ulama yang benar-benar Wrisatul-Anbiyak, sesuai dengan sabda Rasulallah saw: “Satu hari kamu hidup dibawah naungan saorang imam (pemimpin) yang adil adalah lebeh utama daripada ibadah bersendirian selama 60 tahun” Hadis riwayat Imam At-Tabbrani dari kitab At-Targhib wa-ta’alim oleh imam Al-Mundhiri.
Posted on: Fri, 01 Nov 2013 11:34:42 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015