ABU MAYAT CHIN PING PUN JADI PERBALAHAN ***Kerajaan tidak boleh - TopicsExpress



          

ABU MAYAT CHIN PING PUN JADI PERBALAHAN ***Kerajaan tidak boleh menghalang sesiapa sahaja membawa pulang abu mayat Chin Peng ke Malaysia kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. “Tiada apa yang boleh dilakukan pihak berkuasa. Kita tidak mempunyai undang-undang untuk menghalang atau mengenakan tindakan kepada seseorang yang membawa abu masuk,” katanya kepada pemberita di Kuching hari ini. ****Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata, kerajaan tidak akan menarik diri daripada pendirian untuk menghalang abu mayat Ching Peng dibawa balik dan mencabar mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu untuk mengambil tindakan undang-undang. ***Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata semua pintu masuk ke dalam negara berada dalam keadaan berjaga-jaga, kerana kerajaan bimbang abu mayat Chin Peng dibawa masuk. ***Parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA juga melahirkan pendapat mayat Chin Peng patut dibenarkan pulang ke sini. ***Pengerusi biro publisiti MCA Datuk Heng Seai Kie berkata, jika mayat pengganas Dr Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top dibenarkan untuk dikebumikan di Malaysia, mengapa tidak Chin Peng. ***Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menghalang abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia kerana katanya, tiada apa yang perlu ditakutkan dengan abu mayat pemimpin komunis itu. Menurutnya, Islam sendiri tidak pernah menghalang mayat musuh agama untuk dijauhkan daripada tempat suci dan keadaan seumpama turut berlaku di Mekah. ****Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor dalam temuramah bersama stesen radio BFM semalam memberi amaran Malaysia akan menjadi bahan ketawa jika kerajaan tidak berganjak daripada keputusan “naïf” dengan enggan membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke dalam negara untuk disemadikan. Menurutnya, tindakan itu juga akan menyebabkan bekas pemimpin komunis itu bertukar menjadi ikon dan ia adalah langkah terkebelakang dalam cubaan kerajaan untuk memenangi semula sokongan masyarakat Cina berikutan prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU13) lalu.
Posted on: Sun, 22 Sep 2013 02:01:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015