ALLAH meletakkan negara Malaysia dalam kedudukan peta dunia pada - TopicsExpress



          

ALLAH meletakkan negara Malaysia dalam kedudukan peta dunia pada tempat paling strategik sekali. Malaysia tiada gempa bumi, Malaysia tiada gunung berapi. ALLAH meletakkan Malaysia dalam sumber yang mampu menjana ekonomi untuk disalurkan kepada rakyat. Di dasar laut kita ada petroleum yang paling banyak di Asia Tenggara. Kita ada terumbu karang yang begitu banyak sekali, begitu juga dengan hasil laut seperti ikan dan sebagainya. Kita pergi ke lombong maka ALLAH kurniakan kita bijih timah dan kita boleh menuai emas disitu. Kita tanam pokok diatas tanah maka ALLAH suburkan pokok-pokok yang kita tanam seperti pokok getah dan sawit selain itu pokok-pokok buah yang lain yang setakat ini mampu menjana ekonomi Malaysia. Begitu juga dengan pokok strawbery yang perlu tumbuh dalam cuaca sejuk maka ALLAH memberikan tanah seperti di Cameron Highland. ALLAH tidak membiarkan kita kebuluran maka ALLAH kurniakan sawah padi untuk beras. Pokok tebu untuk gula dan air laut untuk garam. Jadi kenapa rakyat Malaysia masih ada yang miskin dan hidup menderita? Jangan dinaikkan harga barang sesuka hati sedangkan ekonomi kita begitu stabil. Jangan pula harga barang dinaikkan namun apa yang dikatakan untuk memantapkan ekonomi. Kerajaan harus mengurangkan pembaziran yang tidak mendatangkan keuntungan. Jangan ditekan rakyat yang selama ini telah membanting tulang dan mengerah keringin. Kena ingat, disaat pemimpin makan Lamb Chop, rakyat sekarang ini masih makan nasi dan garam lagi.. -RN-
Posted on: Sun, 08 Sep 2013 16:02:37 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015