ANEMIA (Kurang Zat Besi) Ketika Hamil "Anemia atau kurang darah - TopicsExpress



          

ANEMIA (Kurang Zat Besi) Ketika Hamil "Anemia atau kurang darah (hemoglobin) biasanya dikaitkan dengan zat besi. Hemoglobin adalah komponen dalam darah yang mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Antara punca anemia utama ialah:- - kekurangan zat besi - kekurangan vitamin C - kekurangan vitamin B terutama Cobalamin dan asid folik - masalah tiroid ANEMIA AKIBAT KEKURANGAN ZAT BESI - Kecederaan yang menyebabkan pendarahan luaran atau dalaman - Kehilangan darah yang banyak misalnya semasa haid - Masalah penyerapan zat besi yang disebabkan oleh usus yang kotor/ tak sihat atau kurang vit C - Kurang pengambilan zat besi dalam diet APAKAH KESAN ANEMIA KEPADA KESIHATAN? Anemia boleh membawa maut! * Ibu hamil dan menyusukan anak terutamanya memerlukan zat besi yang cukup untuk proses kehamilan dan penyusuan yang baik, lebih-lebih lagi bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan, dan ibu menyusu yang sudah kedatangan haid. Tanda2 kekurangan zat besi: - Badan letih dan lesu - Kulit kelihatan pucat - Sering hilang fokus - Semput - Sakit kepala - Jantung berdebar - Sering lupa - Tersangat kurus - Bagi ibu menyusu mungkin mengalami kekurangan susu badan - Bagi ibu hamil mungkin mengalami masalah dengan kandungan Meningkatkan Pengambilan Zat Besi Melalui Makanan * Ambillah makanan yang seimbang * Ambillah makanan yang kaya dengan zat besi seperti kerang, lala, tiram, ikan bilis, sardine, ikan cencaru, hati ayam, hati lembu dan daging sekurang-kurangnya 4 kali seminggu. * Ambil bersama buah-buahan yang mengandungi vitamin c untuk menggalakkan penyerapan zat besi seperti jambu batu,mata kucing, betik,limau,rambutan,durian belanda, belimbing besi, kiwi,mangga dan nenas. * Pilih sayur yang tinggi zat besi dan folat seperti pegaga, peria,kangkung, pucuk keledek, pucuk paku, ulam raja, bayam,pucuk gajus,daun pudina,cekur manis, dan daun remunggai. * Masak sayur-sayuran bersama perencah seperti kerang, ikan bilis, bebola ikan, kek ikan,daging atau telur untuk menambah kandungan zat besi. * Elak meminum teh,kopi atau ssusu bersama hidangan makanan utama atau ketika mengambil pil zat besi. Teh , kopi atau susu boleh menghalang penyerapan zat besi. * Sebaliknya ambillah air limau atau jus buah-buahan lain. Pengambilan Pil Zat Besi 1~Ambillah pil zat besi ,asid folik,vitamin C sbg supplement. Ini kerana makanan sahaja tidak boleh memenuhi keperluan zat besi yang tinggi ketika mengandung. 2~ Elakkan mengambil supplement bersama teh, kopi atau susu. 3~Pengambilan pil zat besi mungkin memberi kesan seperti mual-mual,sembelit,sakit perut dan najis berwarna hitam. Namun, ianya tidak merbahaya.
Posted on: Mon, 09 Sep 2013 01:03:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015