ANWAR KATA SB JAHAT MACAM CIA & FBI ISU KESELAMATAN NEGARA - TopicsExpress



          

ANWAR KATA SB JAHAT MACAM CIA & FBI ISU KESELAMATAN NEGARA merupakan prioriti di mana-mana negara pun, apatah lagi sejak kejatuhan Soviet Union. Ianya kerana negara Amerika mula menonjolkan perwatakan sebenarnya dengan menjadi Polis Dunia di mana-mana kawasan. Sebenarnya hubungan akrab Malaysia dengan Rusia (dulunya Soviet Union) memberi banyak keuntungan. Generasi muda tidak begitu mengetahi bahawa Projek Angkasawan Negara mula-mula disebut oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada pertengahan tahun 1980an ketika Dasar Luar Negara memberi kerapatan kepda negara Rusia berbanding Amerika. Akhirnya, Projek Angkasawan Negara menjadi kenyataan semasa zaman Pak Lah. Di Asia Tenggara, tanpa menyebut negara Singapura sebenarnya Amerika lebih friendly dengan negara-negara seperti Indonesia dan Filipina. Kenapa tidak Malaysia, kerana Malaysia mempunyai dasar luar yang sangat pragmatik. Bukan maksud saya Amerika friendly mereka berkawanan dengan bahagia, maksud saya ialah Amerika mudah membawa doktrin, komunikasi, atau mungkin tekanan yang membawa keuntungan kepada Amerika. Seorang wartawan bernama Tony Cartalucci dalam tulisannya CIA Coup Army Uncovered in Asia mendedahkan perkawanan CIA dengan Anwar melalui simbol genggaman tangan merujuk kepada BERSIH. CIA dan FBI di Amerika, mengetahui pelbagai perkara sulit berlaku di Virginia di mana pelbagai NGO atas nama Islam telah ditubuhkan dengan bantuan CIA melalui pihak kedua, ketiga mahupun pihak keempat. Anwar Ibrahim Associate (AIA) sendiri memiliki pejabat di Virginia. Anwar Ibrahim pernah berkata kata logo ‘gengaman tangan’ iaitu logo rasmi Parti Sosialis Malaysia (PSM) persis komunis, walhal aktivis-aktivis PSM lah yang menjadi tulang belakang dalam menggerakkan BERSIH dan membantu PKR di dalam Pilihanraya NED dalam laman rasminya tidak lama dahulu menulis pemberian USD100,000 kepada Mkini Dotcom Sdn Bhd adalah untuk To strengthen independent media in Malaysia. Mkini Dotcom Sdn Bhd will support the development of an online media outlet providing professional and responsible coverage of issues and news often ignored or distorted by the mainstream media. Sebagai orang media, saya tentu akan berkata beruntunglah Mkini DotCom Sdn. Bhd. menerima dana tersebut kerana ianya membolehkan pasukan tersebut bergerak dengan cekap. Semua kita sedar tanpa peruntukan, sesuatu program dan idea besar tidak mungkin boleh bergerak dengan pantas dan cekap. Isunya bukan itu, isunya ialah siapa NED? Siapa di belakang NED? Dan apakah tujuan di sebalik sumbangan-sumbangan tersebut? Hari ini kita bercakap tentang ancaman keselamatan negara oleh agen-agen CIA dan FBI di seluruh dunia termasuk di negara kita. Kita lupa Anwar Ibrahim sendiri yang membawa agen-agen CIA dan FBI itu ke dalam negara Malaysia. Sama ada dia sedar, tidak sedar, sombong, kebodohan hanya kerana cita-cita mahu menjadi Perdana Menteri!
Posted on: Sun, 10 Nov 2013 04:57:29 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015